ambill dari sini brotherhood arts
warna oren tu penting ya :))
bulan Ramadhan ni bulan yang sangat digalakkan buat kita memperbanyakkan amal ibadah. salah satu darinya ialah dengan membaca al-Quran. so kalau hari biasa tu kita baca al-Quran 4 mukasurat, at least masa bulan Ramadhan ni kita gandakan ia. set kan target untuk khatam dalam masa 1 bulan, tapi pastikan tajwid semua betul. jangan semata-mata nak khatam ja tapi bacaan tunggang langgang,huhu.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : " Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf " ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi)
" (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil) " (surah al-Baqarah; 2:185)
♥ ♥ ♥
selesai bulan Ramadhan nanti, di harapkan amalan ini berterusan. tak mau lah al-Quran tu jadi perhiasan ja kat rak kan ;p
semoga kita istiqamah dalam melakukannya :)
No comments:
Post a Comment