pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, August 15, 2010

sudahkah anda melakukannya?

salam semua.
nak masuk hari yang ke 5 puasa. macamana? cukup tak puasa korang?hehe. alhamdulillah buat masa ni saya dapat berpuasa penuh. sangat seronok! dan tak lengkap lah puasa tanpa solat tarawikh kan. sepatutnya dah 5 malam solat tarawikh dilaksanakan. kadang-kadang kita tak nampak kelebihan sesuatu tu sampai la kita buat. sama jugak macam solat tarawikh. bila kita tak buat, kita tak dapat rasa kenikmatannya. saya tahu ni hanyalah solat sunat tapi pada bulan Ramadhan ja kita dapat peluang untuk lakukannya. kalau tak buat sekarang, kita pasti ka akan dipanjangkan umur untuk melakukannya pada Ramadhan yang akan datang? tak kaaan. so rebut la peluang tu sekarang :)

kalau tengok wayang sanggup beratur panjang-panjang beli tiket, kalau dah seharian berpuasa sanggup beramai-ramai berhimpit di bazar Ramadhan mencari lauk berbuka, kalau dah bershopping sanggup berjam-jam sampai tak ingat dunia, takkan buat solat tarawikh tu pun nak berkira? tepuk dada tanya hati kita. bagi saya solat tarawikh ni pada awal Ramadhan ja kita rasa penat tapi alhamdulillah setakat malam ke 5 ni, saya rasa ia semakin mudah dan tak ambil masa yang lama pun. sekejap ja dah habis. tak penat, percayalah.

jangan jadikan alasan rumah jauh dari masjid atau surau untuk tidak melakukan solat tarawikh. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Allah tidak pernah membebankan hambaNya. kat rumah pun boleh buat. antara nak dengan tak nak. bukan kuantiti yang dikejari tapi kualiti yang dicari. lagi sekali, tepuk dada tanya hati kita.


satu kelebihan yang saya jelas lihat
bila kita melakukan solat tarawikh, lebih-lebih lagi di masjid atau di surau, ikatan persaudaraan kita semakin bertambah. berkenalan dengan mereka mereka yang turut berjemaah bersama betul-betul buat saya seronok. bertambah lagi jalinan ukhuwah antara kita, alhamdulillah. melihat adik adik kecil turut bersemangat melakukan solat tarawikh bersama membuat saya lebih kagum. malu rasanya kalau budak kecil yang tak sampai umurnya 7 tahun berkobar-kobar bertarawikh sedangkan kita mengeluh penat lah, mengantuk lah, itu dan ini,hehe. mereka sangat comel! sangat bagus dan tahniah saya ucapkan buat ibu bapa yang melatih anak mereka dari umur semuda itu untuk pergi bertarawikh bersama. moga semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah ketika besar kelak,amin.

so apelagi, buat anda yang belum lagi berkesempatan melakukan solat tarawikh, jom lah curi masa anda yang 24jam tu untuk melakukan solat ini. tak sampai 2 jam pun :)) insyaAllah semoga mendapat rahmat dan redha dariNya.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a:
" Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat di masjid, maka bersolat pulalah bersama-samanya beberapa orang. Pada malam yang kedua baginda bersolat lagi, maka banyaklah orang-orang yang mengikuti solatnya. Kemudian orang ramai berkumpul di masjid pada malam yang ketiga atau yang keempat, tetapi Nabi s.a.w. bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan semalam. Tidak ada yang menghalangi aku keluar kepada kamu kecuali kerana aku takut ia diwajibkan ke atas kamu. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan "
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 1129 -

p/s : hormatilah mereka yang sedang bertarawikh. jangan bergurau atau bercakap-cakap semasa orang lain sedang solat,huhu. semoga kita istiqamah, jangan pada awal Ramadhan ja masjid atau surau penuh ekk >_<

No comments: