pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, August 19, 2010

indahnya wanita itu.

nak update laju-laju coz petang tadi baru buat satu post,hehe. esok,lusa n tulat saya bakal bz dengan kuiz dan juga test. confirm la tak ada masa nak buat post baru. so ni nak cerita pasal pengalaman pergi bazar Ramadhan tadi. bazar yang popular kat bandar Melaka tu la satu, dekat Taman Cempaka depan Tesco dekat dengan bank islam. ha,orang Melaka mesti tau kat mana. sangatlah ramai manusia. kalau datang pukul 6 petang, alamatnya bersesak la. berselisih bahu punya,huhu. so datang lah awal, dalam 4.30 tu kira okey la coz tak ramai orang lagi. selesa la, jalan pun tak sangkut-sangkut.

satu la keburukan yang saya jelas nampak bila kita perlu berhimpit-himpit di bazar ni iaitu takut bersentuhan antara lelaki dengan perempuan. walaupun memang tak sengaja tapi sebaik-baiknya elakkan. so pandai-pandai la jaga tangan tu untuk elak tersentuh mereka yang bukan muhrim. disini lah jelas nampak kelebihan menutup aurat. suruhan Allah tu mesti ada sebabnya, bukan untuk suka-suka apatah lagi menyusahkan kita.

nampak pulak tadi sekumpulan wanita berjubah dan berpurdah turut membeli juadah berbuka. sebelum ni tak pernah nampak mereka. lama saya perhatikan, mereka sangat cantik walaupun hanya nampak mata. betul la, yang tertutup itu memang indah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “ Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘ hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. ” (surah al-Ahzab ayat 59). teringat kisah yang saya baca mengenai pengalaman penulis buku 'pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul' berkaitan pemakaian tudung labuh. anda boleh bacanya disini.


saya setuju sangat bila penulis kata bertudung labuh itu sebagai pelindung diri. walaupun saya hanya memakai tudung segi tiga biasa biarpun tak labuh, saya dapat rasakan yang orang lebih menghormati dan tidak akan menganggu bila kita menjaga aurat kita, selari dengan firman Allah tadi. oh bukan penghormatan yang dipinta tapi memang itulah keistimewaan yang kita dapat bila menutup aurat. bukan melabuhkan pakaian semata-mata untuk mendapat pujian tapi kerana itu adalah suruhanNya. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah) nauzubillah~

bukakanlah pintu hati kami Ya Allah.
tunjukkanlah kami jalan yang benar dan lurus,
jalan yang diredhai Mu.
amin.

6 comments:

picairin said...

yang melabuhkan pakaian ni kalu xsalah sebab Qarun yang sombong... pakai jubah labuh utk tunjuk kekayaan... right me if im wrong...=)

qila~ said...

x silap org btol,sbb 2 slh kalo lbuhkn pkaian sbb riak :)

Muslim 24 Jam said...

Dalam Islam, hukum Isbal (melabuhkan pakaian) adalah haram bagi orang lelaki. Akan tetapi, adat wa uruf telah menjadikan bahawa hukum melabuhkan pakaian adalah harus (selagi tidak ada fitnah pada Islam). Wallahua'lam.

Muslim 24 Jam said...

Dalam Islam, hukum Isbal (melabuhkan pakaian) adalah haram bagi orang lelaki. Akan tetapi, adat wa uruf telah menjadikan bahawa hukum melabuhkan pakaian adalah harus (selagi tidak ada fitnah pada Islam). Wallahua'lam.

qila~ said...

ok,faham dah..syukran ustaz atas ilmunya..

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

salam...lm xjenguk sini, rindu nk bc tulisan adik sorang ni:)
yg pasti, akk suka post yg ni...betul akk pun slalu trserempak dgn muslimah yg berpurdah, suka tgk lama2..hihi.
insyaAllah tak mustahil qila pun ada peluang utk bertudung cmtu satu hari nnt (wlupn tak berpurdah)...:)