di mulakan dengan cerita mengenai entri emo semalam. wah, cik yus letak link entri tu di wall facebook dia, makanya ramai la datang menyinggah ke blog. nebes juga kot kot ada yang salah faham dengan apa yang saya tulis sebab dah selalu sangat terjadi. saya tulis laen, orang faham laen,adoi.. nampaknya kena masuk bengkel penulisan kot,hee.. di harap mereka faham la tujuan saya. buang yang keruh, ambil yang jernih ;)
seterusnya nak bincang soal kematangan pula. siapa rasa diri dia dah matang? ha tu yang senyum senyum, tersengih semacam ja tu mesti rasa diri korang dah matang kan. yela, umur dah masuk 20an mestilah dah matang. ok takpe, takpe. jom kita semak, sama ada awak tu dah matang atau belum.
anda semakin matang bila :
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
saya terbaca artikel ni di facebook tadi dan saya sangat sangat sangat sukakannya! so buat awak yang tersenyum tadi, amacam? dah nilai semula diri awak sama ada awak betul-betul dah matang atau tiba-tiba awak berkerut dahi ketika belum sampai separuh pun artikel ni awak baca? haa. itulah, jangan yakin sangat :p
saya dengan yakinnya mengakui saya memang belum matang. kalau nak di andaikan dengan buah rambutan, saya masih berwarna hijau lagi dan bukannya merah yang menunjukkan ianya dah masak/matang. sebab tu bila ada yang cakap saya ni macam kanak-kanak ribena, mulut saya akan menafikan tapi hati saya sebenarnya mengiakan. saya lebih tahu siapa saya. kadang-kadang saya mengaku juga melalui mulut yang saya memang kanak-kanak ribena. memang pun kan? ;)
tapi saya silap, semakin meningkat hari semakin bertambah umur saya. masa bukan boleh mengundur, sebaliknya kita yang perlu menyaingi masa. begitu juga dengan kematangan. saya perlu berubah menjadi lebih matang. segala-galanya perlu berubah seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas. banyak lagi rupanya yang perlu diubah. memang makan masa. satu ja yang saya yakin saya dah berubah lamaaa dan menunjukkan diri ni dah sedikit matang berdasarkan artikel di atas ialah ketika "Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa."
yup, itu memang saya. jangan anda fikir ketawa saya bermaksud gembira dan tangis saya bermaksud duka. tak semua yang kita lihat, nampak dan faham adalah yang sebenarnya terjadi. dalam kes ni, saya mengaku saya memang hipokrit. walaupun hakikatnya saya tak suka orang yang hipokrit tapi ini dari sudut yang berbeza. untuk menjaga hati. kawan baek saya pun cakap kita perlu hipokrit sekali-sekala untuk buat orang laen tak serabut dengan kita,haha.. tapi terrr serabut kan juga. sorry, saya tak sempurna.
yang peliknya bila kawan baek saya mengadu kadang-kadang dia letih untuk ketawa dalam duka, sebab hati dia takde sape pun jaga. aish, sayang saya sorang nih, bagi nasihat macam yakin sangat,hehe.. tapi memang betul la, sebab tu saya selalu cakap, jaga hati sendiri dulu jangan dok jaga hati orang laen dulu ja. yang terbaekk ialah jaga hati sendiri sambil jaga hati orang laen. kita tak makan hati, orang laen pun tak sakit hati :))
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." - Bukhari dan Muslim
marilah kita semua mula menjaga hati, bermula dengan hati kita sendiri yep. tapi rilex oke para pembaca semua, lepas ni jangan takut nak tegur silap, atau bergurau kasar dengan saya kot risau saya hipokrit dengan korang kan. (tetibe) jangan oke sebab saya nak jadi matang. sangat-sangat berharap orang kritik saya sebab saya semakin matang bila "Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya." so sila sila sila benarkan dan bantu saya untuk jadi matang,hee..
p/s : suka bila pakai spek, rasa diri dah matang sangat. 'rasa' jee oke ♥
No comments:
Post a Comment