pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, November 11, 2010

bajet perkahwinan cik qila.

salam semua.. alhamdulillah, selesai suda final exam untuk sem ni.. semoga resultnya seperti yang diharapkan. amin~~ bangun pagi-pagi sebab teman cik zaty angkut barang masok keta dia. dia nak balik awal pagi. tak bole jadi, apsal sem ni bukan saya yang 1st balik macam sem-sem lepas? zaty kata : sudah, asyik balik awal ja. turn awak pulak kemas rumah. qila kata : baekk... dalam hati qila berkata : kalau mood rajin melanda diri la, tu pun lepas habis kan muvi saw 1 sampai 6  ;)


sebab dah rindu nak update blog, so saya pon nak cerita la pasal budget kahwin sket.. ayat macam tak lama lagi kan,apekah.. pagi-pagi dah cite pasal kahwin. baru abes sem 5 beberapa jam yang lalu dah fikir nak kahwin eh  T_T  bukan! bukan! semalam la membuat lawatan ke facebook, pastu cik zaty ada tagged saya kat satu note ni cite pasal kos kahwin.. so nak share la kat sini pendapat saya.. tapi sebelum tu nak tanya sikit.. memang dah masuk umur 21 ni, hormon 'gatai nak kahwin' tu akan menjadi-jadi secara automatik ka? sebabnya, setiap hari mesti ada ja mereka mereka dan saya juga termerepek cerita pasal benda-bneda ni.. *siap pakai 'ter' tak nak terima hakikat yang diri ini memang kuat merepek* haha.. sem 8 nanti camne la kehidupanku, setiap jam dan minit kot. pengsan!


ok, balik semula ke topik kita tadi.. berdasarkan ape yang ditulis kat note tu la, kalau tak silap mata yang memandang kan kan, jumlah keseluruhan untuk sebuah majlis perkahwinan adalah RM36,050! saja bagi besaq bia nampak sket.. ha,ni baru anggaran ja. kalau nak selamat,cukupkan la 50k teros ;p banyaknyeee duit nak pakai. pastu check balik, ape ja benda yang menjadikan kos ni sampai 30k nih.. antara yang ditulis disitu : mas kahwin, duit hantaran, barang kemas, barang hantaran, baju nikah, baju bersanding, mekap, set pelamin, jurugambar, duit untuk jurunikah dan saksi, kad jemputan, duit khemah/sewa dewan, duit makan kenduri, bilik pengantin, doorgift, kos nak bertandang ke rumah pihak lagi satu, n contigency.. 


lepas tu baru tau owh saksi pon kena bagi duit eh? pastu mula la merepek cakap kat zaty n paie yang doorgift tu tak perlu kot. barang kemas tu kalau bagi orang yang tak suka pakai barang kemas tapi suka pakai gelang tangan kayu ja takde pon takpe tapi kena ganti dengan jam swatch. mekap tu kalau mekap sendiri pon bole. kad jemputan tu kalau ganti invite kat facebook ja suda. kos bertandang ke rumah pihak satu lagi tu no komen,haha..  jawapan zaty simple ja, aku tak nak datang majlis kau kalau takde kad jemputan. oke,fine! camni la kan teman tido saya. camni la. camni la. sambil buat ayat sedey pastu fikir salah ke ape yang saya cakap tadi. juz nak save budget kot. tu bukan save budget tu namanya kedekot! oke, tu pon mereka yang cakap bila saya cakap kenduri nanti makan laksa suda,hahaha.. 


hantaran tu semua tak payah, mintak kamera dslr sebijik cukup la, ok tak? idea ni terlintas di fikiran bila semalam masa celebrate besday fatin, nampak ada orang bawak benda alah itu. terus laju-laju mengutarakan soalan tersebut kepada paie. paie kata : ok gak tapi hantaran macam gubahan coklat n buah-buahan tu pon kena ada jugak. aishhh,kenapa mesti ada tapi. kata paie lagi : kalau takde semua tu nanti orang pelik, orang mengata.. ala, kalau nak fikir apa orang kata sampai bila-bila pon tak bahagia. mulut manusia mana bole tutup. kalau nak puaskan hati semua pihak, tunggu sultan Brunei datang meminang la camtu.. *oke,tipu! taknak pon dengan dia* pendapat saya la, daripada duit tu banyak di belanja buat majlis better di guna buat beli kereta,rumah,tanah.. mereka kata : sekali seumur hidup kot. hmm.. betol jugeee.


oke, dapat ni sebijik senyap la. tak mintak yang laen da,janji! hee~
harga : RM 4799
murah kaaan.
T_T


pastu teringat lak masa dulu pernah borak dengan ayah cakap yang kenduri angah nanti pakai daun pisang jela ganti pinggan, jimat air sikit tak payah basuh-basuh. melampau kan! orang India kahwin pon pakai pinggan lawa qila weh. *laksa = daun pisang, bagaimanakah* apekate ayah? ayah kata okee. ha, nampak tu. orang tua saya setuju! tapi cakap oke sambil tergelak terbahak-bahak. nampak sangat cadangan saya tu tak logik kaaan. takpe takpe. lupa pulak, sedara mara kan ramai. sebelah ayah campo sebelah ibu lebih la seratos. anak buah masa tu pon mesti la da besa. ape guna, kerah kan aja. sepakat kan membawa berkat. berat sama dipikul ringan kan sama dijinjing. bagai aur kan dengan tebing ;) *motif ape guna kann dari tadi*


satu jela, kalau nak cakap pasal kos perkahwinan dengan qila kesimpulannya nanti mesti akan cakap qila yang pelikkkkk. oke, selalu sangat da dengar,huhu.. salah ke? salah ke? jawapan seorang lelaki : tak salah la, bagus la tu.. hah, memang la tak salah sebab korang tak perlu keluar duit banyak sangat kaan,hehe.. faham sangat dah  >.<


Sabda Rasulullah s.a.w :
"Dari Aisyah, bahawasanya Rasulallah s.a.w bersabda : 
Sesungguhnya sebesar-besar berkah nikah ialah yang sederhana belanjanya."


ingat tu kawan kawan :)

p/s : ayat perli dari mereka : kitorang nak tengok majlis ko nanti macamane. nak tengoook~ *sambil buat muka nak cakap qila takkan buat camtu punya* eee,tunggu la korang!
p/s : masih lagi memikirkan kos bertandang ke rumah pihak satu lagi,lalalala~

7 comments:

ish malu la camni said...

qila, blog ang da sihat kaa??

sini una comment:

betol ke nak buat laksa ?! daun pisang?! hahaha .dah la qila kawin dulu dalam famly, (eh betul an) nanti semua pelik.

toksah pikir part orang nak mengata, janji sempurna majlis kita. aku pernah tengok kot org kahwin tkde hantaran, sebb dia da bagi masa bertunang, tapi ada la macam dulang sireh tu bak kata orang beradat sikit la kan ;p

tapi apa pun, bukan cik qilaaaa kan yg keluarkan cost, so apa nak risau ececeeh ;p

qila, nk bertunang ke, nikah ke, bersanding ke JEMPUT tau tak kira!
tk jemput pn aku pegi jugak hehe

cik zaty said...

haha byk nama sy di post ni..hehe:)

sy tau awk nk jimat.. tp kalu sy xdpt invitation card, xmo dtg tau..merajuk..hehe:p

erm, blh gak nk wat laksa kt mjlis kawin nnti..kt tmpt sy pun da org wt cmtu..tp kalu xda nasi minyak, bese org wat mknn tu byk jenis la.. leh je wat laksa, sate, soto, nasi ayam n pe2 lg.. 2 bg sy la.. pe2 pun ikut tuan umah la mk hidangkn pe.. huhu

haha, sy cm setuju je dpt dslr tu.. tp at least tmbh la lg 2 brg hntaran lain.. 3dulang ok la 2.. xbyk sgt.. hehe:p

p/s:ckp cm bajet wedding planner je..hehe:p

picairin said...

=)

miSs tEry said...

boleh tahan idea~
apa2 pon kawen nti jgn lupa jmpt! :)

sinarcahaya said...

haha mcm2 pndpt tntg hntaran kawin skrg.
mak sy plak ari 2 ckp hntr 3 dulang cukup. nk tau ape dia???
1. beras
2. gula
3. KUNCI KERETA

apekah ini??? gelak sy dgr... 3dulang= mcm 30dulang. haha

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

advanced betulla bdk ni...akk dulu ms sem 5, xpikir lg psl bab2 munakahat nih...haish...[ntah, akk pun xingt sebenarnye..huhu]

qila~ said...

una : hehe..tp x la sume kos phk laki kne tggung kn,kita pon kne tlg juge..yep,ptotnye pesanan tu d'tujukn buat kmu ye mrs.otromen jingga ;p

zaty : kn kn,glamer tu,hehe..yela,nnt bg..lme lg..owh kira ok la kalo xde nsi myk ek..em dslr + sirih jnjung = cun!

pka : :p

asma : mst ade,kata kmu pengapit,hehe..

ain : bkn 30 tu ain,keta sbijik da mcm 30+30+30+10 dulang tu,haha..

kak ain : ntahnye,nasihat sket dorg ni kak,heee.. *wat muka x b'slh*