pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, November 17, 2010

korban raya. raya korban.

salam semua... selamat Hari Raya Aidiladha :)


sempat ja buat post baru bukan ape, sekarang ni tengah hujan. tak bole nak buat ape. maka disini la saya. tadi kena hujan masa angkat baju. mintak yo tolong dia tak mau. makanya demam yang dah hampir sembuh datang semula. yo cakap ape? " ala,angah demam takpe. kalo yo demam kan susah. minggu depan dah nak spm." cehhh,alasan! malas mau layan dia, yok kita layan cerita raya. sebelum tu, cuba tengok roti coklat yang ada dalam gambar di kotak keempat di bawah. ha tu yo la buat. setakat roti sapu coklat, angah pon bolee la... oke serius, jom sambung cerita.


agak pelik bila adik balik rumah lepas solat raya bersama 2 keping sampul duit raya. biasanya dapat duit raya masa raya aidilfitri ja kan. ibu cakap pakcik Abdul Rahman tu memang suka bagi duit kat budak-budak. memang memberi ketika kita berlebih dalam harta adalah suatu amalan yang mulia. baik hati sungguh pakcik tu kan. tapi nape kat budak-budak ja. akak budak tak dapat?hehe.. saya tanya lagi, abes yang sampul lagi satu tu sape bagi? ayah cakap " ayah kasik. angah nak? " haaa, tengok encik Aminuddin yang baek hati juga nak bagi. tapi saya tolak. aiceh,jual mahal kan ;p


lepas Subuh teros pergi dapur tolong ibu masak. tahun ni simple ja raya kitorang sebab rumah tengah renovate, so persekitaran rumah sangat bersepah dan mood raya pon bersepah juge,hehe.. tak nak cakap banyak la, tengok ja kat bawah ni ape yang saya masak. eh eh, ibu masak, saya tolong,haha..


owh kotak ke 3 tu ikan masin semalam, saja letak nampak macam lawa.
macam ja  ;p

tadaaa.. ini sate ayam. 
terliur tak? 
tulaaa ajak datang rumah tak mau, jual mahal ;p

sate ni baru pergi ambil pagi tadi. saya n ibu yang pergi sebab kos penghantaran tak termasuk dalam bayaran,huhu.. tapi agak kecewa la sebab sate nya nampak macam hangus sikit kan. tu yang tak ambil gambar sate daging, confirm nampak hitam ja,hehe.. maybe si penjual sate ni tertido kot time bakar, bangun-bangun ja tengok dah hitam. benda da nak jadikan. *pandai ja buat andaian sendiri* takpelah, dah rezeki hari raya ni macam ni. bersyukurlah kan. cuba bandingkan dengan mereka yang kat Palestin tu, entah ada makanan ke tidak. so mari kita bersyukur  :)

balik ja dari ambil sate, ada 2 orang chinese kat luar pintu rumah. adoi apek takkan hari raya pon mau buat kerja juga. bole kitorang sampai dekat dia, dia wish " selamat hari raya, salah waktu la datang, hari ni hari raya tak bole buat kerja." ha tau pon tapi masalahnya lama pulak dorang berbual dengan ibu n makcik. siap jengah bilik lagi sambil berkata, wah besar-besar la bilik. apekkkkk! tak reti ketuk ka apek,hadoi. maen terjah ja, ingat ni rancangan Melodi ka. pastu dengan buat muka tak bersalah dia tutup semula pintu bilik saya. Ya Allah sabar jela. dush3~

lepas tu saya juz habiskan masa tengok tv3 cerita Sabar. Remy Ishak jadi bangla n bole ade scene nyanyi-nyanyi lagu Hindustan lak. saya geli, saya masuk bilik semula. tunggu ayah n afiq balik. dorang pergi tengok orang sembelih lembu korban. balik-balik ja kasik saya daging korban suruh masuk peti ais then teros tunjuk gambar yang di ambil masa proses sembelihan tadi. ayah yang ambil tu. cool la ayah, sempat ja dia. macam tu lah ayah angah. mana tumpahnya nasi kalau tak ke kuah. *peribahasa di terbalikkan kerana ayah yang ikot perangai anak dia suka ambil gambar,haha..* so mari kita tinjau gambar ape yang encik Aminuddin dah ambil.


dan


pic atas tu tak nampak ape kan. nampak orang ja kan. nampak budak yang sedang rakam proses penyembelihan supaya dia bole upload kat facebook lepas tu kan,hahaha.. memandai ja qila buat tuduhan. oh budak itu bukan adik saya pastinya. sebenarnya ada lagi 2 gambar tapi nampak kepala orang la, nampak badan orang la. kesimpulannya disini ayah perlu banyak berlatih lagi oke,hehe.. poyo la qila! sekarang ni pon ayah keluar semula pergi tolong sembelih lagi 2 ekor lembu. tadi tak dapat peluang sebab nak jadi jurugambar kononnye ;p  iklan jap! setahu saya fon nokia ayah kameranya 3.2MP jugak macam cik puan sony saya tapi nape gambarnya tak sharp ek? ha makanya, beralih lah ke sony ericsson  ;)

yang lagi best, kan hari ni di sunatkan memakai pakaian yang terbaik. hari raya, mestilah kena pakai baju kurung. ek eleh buat-buat lupa lak yang saya tak bawak balik 1 pon baju kurung. semua ada kat Melaka. tahniah la kepada saya. *bajet baju kurung yang tinggal kat sana semua terbaik la* eh memang,hehe.. akhirnya pakai jela baju kurung yang ada. pastu mula berfikir time kazen saya nak bertunang hujung tahun ni saya nak pakai baju kurung sape  T_T


oke, sampai disini saje cerita raya saya di perantauan ini. ehh banyak la hang punya perantauan qila. orang len tuu yang dok tacing da bace post hang ni sebab depa tak dan balik raya kali ni. oooh eh? sorry.. kepada semua rakan-rakan yang berkerja macam cik yusrianna, kamu ya kamu, n rakan-rakan yang masih berjuang dalam peperiksaan yang tak dapat balik raya kali ni jangan bersedih hati. ape yang korang buat ni pun bole dikategorikan sebagai pengorbanan. banggalah dengan diri sendiri  :))


post kali ni di akhiri dengan kata-kata dari Ibnul Qayim yang saya terbaca di facebook tadi. yang berbunyi :


 " TujuanNya bukan untuk mengorbankan Ismail, tetapi menyembelih jiwa 
Ibrahim agar cintanya penuh hanya kepada Allah."

sama-samalah kita renungkan..


p/s : lagi post cecaaah lantai,heee..

2 comments:

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

makin lm makin klaka la post qila ni....mksud akk kn post yg klaka, penceritaannya tu...huhu. lg2 tang gmbr ikan masin....huahua

qila~ said...

hehe..xley pggil ustzah lg la ye ;p ntah ek,kdg2 byk mrepek..ape yg t'lintas kat otak 2 la yg org taip,huhu...