akhirnya! setelah sekian lama saya tidak memandu kereta di jalanraya, pagi ni ianya menjadi kenyataan. usai menghantar yo ke sekolah untuk menjawab kertas sejarah hari ini, saya mengambil tempat ayah memandu kereta pulang. sekadar memandu 70km/j, lagipun hanya di jalan kampung, ia sudah cukup mendebarkan saya. seperti belajar memandu untuk pertama kali mungkin,hehe.. tapi saya puas, sudah tiba masanya untuk lesen saya berbakti semula ;p
pernah tak anda terfikir hidup ini ibarat memandu kereta? kita yang memandu menuju destinasi bermaksud kita yang pilih jalan hidup kita. bagaimana mahu ke destinasi yang kita tuju, dengan melalui jalan yang lurus, ataupun yang bengkang-bengkok bermaksud bagaimana cara kita menjalani hidup kita. andai kita memandu melalui jalan yang lurus seperti highway, pastinya kita akan cepat sampai. tapi perlu diingat!
jalan bagaimana yang perlu kita pilih? ya, jalan menuju kebenaran. jika rasa sudah jauh tersesat jangan lupa untuk bertanya kepada mereka yang berilmu supaya kita tidak terus berada dalam kesesatan atau lebih teruk lagi mungkin terus terjatuh ke dalam gaung. oleh itu kembali semula kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah.
selagi masih dalam pemanduan, selagi tu masih ada peluang untuk buat u-turn jika sudah tersalah jalan. seperti dalam hidup, kita perlu bangkit dari lamunan yang panjang, muhasabah diri. agak-agak kalau dah jauh sangat dari landasan yang sebenar, masih belum terlambat untuk berpatah balik. Allah itu Maha Pengampun :')
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Furqan : 70)
saya terjumpa kata-kata ini semasa menyinggah di blog seseorang :
kereta adalah jasad. pemandu adalah roh. sikap pemandu adalah hati. bila disaman, yang disaman adalah pemandu dan yang kena hukuman adalah kereta dan pemandu. apabila kemalangan, kereta dan pemandu sama-sama terlibat. kemalangan maut, kereta akan tinggal menjadi bangkai, pemandunya ditanam ke dalam tanah.
*kredit buat penulis*
sama-sama kita renungkan.
:)
No comments:
Post a Comment