Assalamualaikum semua :)
saya bukanlah seorang yang gemar menonton cerita kartun. saya lebih suka menonton csi dan selalu yang menjadi masalah di rumah apabila adik lelaki atau kadang-kadang kakak saya sendiri suka sangat menonton cerita kartun,haih.. pastinya saya akan cakap " tolonglah tukar channel laen, tak berfaedah langsung tengok cerita ni, tak berkembang minda." *bajet betol angah ni,haha..* kemudian perang mulut akan berlaku, tapi bila umur dah bertambah ni, da kurang la perang mulut tu, yang saya buat biasanya bila kalah, masuk bilik dan tido,huhu..
tapi bermula cuti semester yang lepas, setiap petang adik saya akan menonton kartun " Phineas&Ferb " ya, satu-satunya cerita kartun yang saya boleh layan bersama adik saya selain upin&ipin n conan la, spongebob pon da jarang tengok sebab asyik ulang yang same ja =.='' ape yang menariknya tentang Phineas& Ferb ni? saya tak tahu nak terangkan bagaimana. rumusannya ia menceritakan aktiviti Phineas dan Ferb sepanjang cuti sekolah musim panas. pelbagai ciptaan yang kadang-kadang tak boleh diterima dek akal seperti roller coaster, mesin masa dan konsert besar-besaran sempena sambutan hari lahir ibu mereka pon mereka buat.
yang menariknya cerita ini bila ia diserikan dengan watak kakak mereka, Candace yang selalu mengadu dengan emak berkaitan apa yang Phineas dan Ferb lakukan tapi tak pernahnya berjaya *kesian* kerana akhirnya ciptaan-ciptaan tu semua akan hilang di bawa angin la, di angkat menggunakan helikopter la. macam-macam,hehe.. kemudiannya watak Perry si platypus sebagai haiwan peliharaan keluarga ini yang hakikatnya adalah agent rahsia, lebih dikenali sebagai Agent P yang memerangi kejahatan Professor Doofenshmirtz.
apa kaitannya cerita kartun ni dengan kehidupan kita. bagaimana kita boleh ambil pengajaran dari cerita ni? bagi saya ia sangat berkaitan. berapa ramai antara kita sikapnya seperti Candace yang sentiasa mencari kesalahan orang laen? berapa ramai antara kita bersikap seperti Candace yang selalu cemburu dengan kelebihan dan keunikan saudaranya sendiri?
tetapi saya lebih tertarik dengan watak Perry. berapa ramai antara kita seperti Perry? di hadapan keluarga tuannya ia hanyalah seekor platypus tetapi hakikatnya ia adalah agent rahsia. ya, berapa ramai antara kita ada identiti begitu? di hadapan rakan-rakan kita menjadi seorang yang laen. mungkin di hadapan family kita laen? pabila sedang berseorangan, kita menjadi laen pula. kita lupa bahawa Allah s.w.t sentiasa memerhati. dia mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita.
Apakah mereka mengira, bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.
(Az-Zhukruf : 80)
bukan untuk memburukkan sesiapa, ini sekadar muhasabah diri. berapa ramai antara kita solat pada masanya, tidak cukup dengan itu di tambah pula dengan solat sunat di hadapan rakan-rakan tetapi apabila sendirian, kita sengaja melambat-lambatkan yang wajib, apa lagi untuk melakukan yang sunat,kan. tujuannya apa? untuk menunjuk-nunjuk? ibadah yang dilakukan haruslah ikhlas bukan untuk tujuan mendapatkan pujian. jangan salah niat.
sebaliknya ada juga di antara kita yang begitu segan untuk melakukan ibadah sunat, takut di salah ertikan. takut timbul riak di hati apabila dipuji. itu masalah hati sendiri dan kita haruslah cari jalan untuk perbaiki. kalau nak diikutkan, perlu ka kita fikir kata orang? selagi kita hidup selagi tu orang berkata-kata kerana Allah kurniakan manusia mulut. tetapi kata siapa lebih penting, kata manusia hamba ciptaanNya atau kata-kata Yang Maha Pencipta itu sendiri? :)
watak Professor Doofenshmirtz juga menarik kerana dia tidak pernah berputus asa untuk menakluk dunia. bagaimana dengan kita, tidak perlu jauh sehingga ingin menakluk dunia. cukup sekadar menguasai diri sendiri. sejauh mana kita sudah berjaya membentuk diri kita seperti mana yang pencipta kita inginkan? sudah berjayakah? moga-moga.
Ya Allah, aku lebih rela diuji dengan kesusahan kerana ia mengajarku erti sabar. aku mohon jangan Kau uji aku dengan kesenangan, nescaya aku tidak akan berada ditempatku sekarang.
sekali lagi saya tanya, juga pada diri sendiri, dalam golongan yang manakah kita? siapa kata dengan menonton kartun kita tidak akan dapat apa-apa? andai ada di antara anda berkata begitu, fikirkan semula. mari mula bermuhasabah dan perbaiki diri ;)
p/s : ada sahabat memberitahu, kalau ayat-ayat qila kat blog tu, selalu buat aku terasa. maaf sahabat, tujuanku memang untuk membuat mu terasa supaya kita sedar di mana silap kita. apa yang ditulis berdasarkan pengalaman aku sendiri. pastinya bukan kamu seorang saja yang terasa, aku juga (",)v
No comments:
Post a Comment