pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, November 4, 2010

rakan serumah terbaek!

salam semua. ni nak update sikit cerita pasal kehidupan bila tinggal dengan orang laen selain family dan itu disebut tinggal dengan rakan serumah. biasalah hidup bila tinggal dengan orang laen ni memang 'laen' la rasanya. tinggal dengan family pon boleh rasa laen kadang-kadang, inikan pulak bila tinggal dengan orang laen, dah confirm-confirm rasa laen. okeh,cukuplah ayat pengenalan ni yang menggambarkan betapa laennya rasa bila tinggal dengan orang laen,hehe..


adat la, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. tapi ni bukan pasal suami isteri, ni pasal rakan serumah. so bila gadoh-gadoh dengan rakan serumah tu atau terasa hati dengan mereka itu adalah perkara biasa. kadang-kadang dengan adik beradik sendiri pon boleh bertekak inikan pula dengan rakan serumah. rakan serumah kot, takde pertalian darah langsung. makanya ni nak kongsi beberapa tips atau dengan kata laen rahsia yang tak berapa rahsia sangat la bagi membina kerukunan rumahtangga anda dengan rakan serumah anda  :)


1) paling penting perlu ada ketua keluarga. macam dalam family jugak, ayah biasanya ketua keluarga kita kan. tapi bila duduk dengan rakan serumah, seseorang perlu jadi ketua. ni bukan maksudnya dia ada kuasa veto dalam semua perkara tapi biasanya dia akan lead segala macam hal la. dari aspek kebersihan, keceriaan, tegur-menegur dan sampaikan hal makan pon biasanya dia orang yang penting dalam buat keputusan sebab tanpa dia ahli rumah yang laen bakal hilang arah tujuan,haha.. dengan erti kata lain agak 'bersepah' la. contoh paling mudah dalam rumah sewa saya sendiri, zaty lah ketua keluarga kami merangkap teman tido saya ;) ni pendapat saya la, korang setuju tak? hehe..


2) bila dah ada ketua, mestilah ada subordinatnya. ni jawatannya lebih kurang macam penolong kanan sekolah la. lepas ketua keluarga yang rajin lagi penyayang mengetuai hal rumahtangga, pasti si penolong kanan ni akan datang membantu. sangat-sangat rajin. kebanyakkan aktiviti memasak dan menyapu sampah akan dilakukan oleh dia. biasanya orang macam ni sangat diperlukan dalam rumah sewa untuk memastikan keharmonian rumahtangga tu wujud ya. jenis tak mudah ambil hati, sabar, tak banyak membebel. semua la yang baek-baek bagi kat dia. dalam rumah sewa sendiri orang itu bagi saya adalah zaimah. memang sentiasa tesenyum ja, tapi dalam hati kot dia selalu bengang dengan kitorang yang nakal ni tak tau la kan,haha.. ni pendapat saya la, korang setuju tak? hehe..


3) yang seterusnya mestilah ada perencah tambahan iaitu mereka mereka yang meriah, mereka yang peramah, mereka yang pendiam tapi tak lah pendiam sangat dan yang sebagainya dalam sesebuah rumah sewa itu. dalam rumah sewa ni yang meriah itu pastinya paie, yang peramah itu pastinya farah dan yang pendiam tak pendiam sangat tu adalah fatin.. memang ada macam-macam perangai tapi macam-macam tu lah yang buat kita adalah 'kita' kan kan  korang setuju tak? hehe..


4) elakkan dari mencari pasal. memang kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita telah melakukan sesuatu yang melukakan hati rakan serumah kita. mungkin niat kita sekadar untuk bergurau senda tapi anda perlu ingat bukan setiap masa kita boleh bergurau. kot kot la time tu mood rakan serumah anda tak berapa nak baek kan, so sila jangan bergurau dengan kadar yang melampau kerana bila-bila masa ja dia boleh menjerit dan terus tacing dengan anda,haha.. *macam baru tercari pasal semalam,kan paie? ;p*


5) amalkan sikap banyak bersabar. ya saya bukanlah seorang yang sangat penyabar. dah la tak penyabar, sensitif pulak tu. bila saya mula tinggal dengan orang laen, saya perlu la ubah sikit perangai saya. ingat! ini rakan serumah yang anda baru kenal dalam beberapa tahun, bukannya family anda yang anda kenal sejak lahir. so jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi kononnya mereka akan memahami perangai anda yang tak berapa nak molek tu,hee. berubah kepada yang lebih baik kan elok..


6) belajar untuk memahami. anda kena faham tak semua orang sama macam anda. rambut sama hitam tapi hati laen-laen ya kawan-kawan. so kalau anda harapkan mereka memahami anda, anda pun perlu belajar untuk memahami mereka. ini sangat penting untuk mengelakkan perkara 'terasa hati' terus berbekas dalam diri anda untuk jangka masa yang lama. kalau anda tak suka dengan sesuatu perkara yang mereka lakukan, sila tegur. tak kisah la secara bergurau ke berhemah ke, yang penting anda tegur. sahabat yang baek adalah sahabat yang menegur kesilapan sahabatnya yang laen..


7) belajar menerima kritikan. bila dah lama tinggal bersama, kadang-kadang perangai buruk yang selama ni cuba kita kawal akhirnya akan terserlah juga. oleh itu saya nasihatkan anda cuba untuk tidak hipokrit. jadi diri anda yang sebenarnya. sentiasa bersiap sedia menerima teguran dan kritikan kerana selepas itu anda mungkin akan membina keluarga sendiri, so perlu mula berubah dari sekarang. betol tak??


8) perkara paling asas, sentiasa menerima kekurangan rakan serumah anda sama seperti anda menerima kelebihan mereka. mungkin rakan serumah suka cakap lepas so anda perlu faham, jangan mudah terasa dengan dia. mungkin rakan serumah bukanlah seorang yang pembersih so anda perlu rajin tegur dia bila dia buat sepah, dan sebagainya..


9) paling penting jangan tinggal solat dan memperbanyakkanlah bacaan al-quran dalam rumah sewa anda. lebih baek lagi andai solat berjemaah mampu dilaksanakan. saya tahu berjemaah ni biasanya di buat ikut mood kan kan kan. tapi berdasarkan pemerhatian saya sem lepas, jiran kami akak senior la, mereka selalu solat berjemaah bersama. oke, sangat kagum! sebab tu 'rumahtangga' mereka saya lihat sangat rukuuun. tak pernah la saya lihat atau terdengar mereka menjerit atau bergaduh,hehe.. kan kak ain kan ;) jaga hubungan dengan manusia sama macam jaga hubungan dengan Allah oke..




Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidak beriman (sempurna) salah satu dari kalian sampai ia menyukai
 kebaikan bagi saudaranya seperti ia menyukai kebaikan untuk dirinya sendiri” 
(HR Bukhari dari Anas bin Malik r.a.)

dah habis dah baca tips ni? tips yang datang dari kotak fikiran dan pengalaman hidup saya sendiri sepanjang tinggal dengan orang laen yang dah saya anggap macam family saya pon sejak 2 tahun lepas. dah ehh? so sekarang saya nak anda pergi jumpa dengan rakan serumah anda dan katakan yang anda sangat sayangkan mereka. ucapkan terima kasih sebab mereka menerima anda seadanya. sekarang! yep, sekarang :))

buat rakan serumah qila : zaty,paie,fatin,farah dan zaimah. qila nak korang tau yang qila sayaaang sangat kat korang! thanks sebab sudi terima qila yang paling malas nak masak tapi tau makaaan ja untuk duduk sama-sama dengan korang,hahaha.. ingat, da keja nanti ada rezeki kita dok menyewa sesama lagi ye  time tu qila janji qila dah rajin masak la kot,heee.. bersyukur sangat sebab dapat housemate cam korang! semoga Allah memelihara persahabatan kita dunia akhirat,amin~

post ni terhasil bila terbaca post cik yusrianna kat blog dia pasal saya dan rakan serumah yang sangat rapat dan sentiasa bersama,hehe.. sweet oh! ni petikan dari post tersebut :


oke, turn cik yusrianna pulak terharu dengan qila,haha.. sebab macam aku cakap, selagi tak mengganggu hidup aku dengan jeritan kamu *tapi kadang-kadang ade jerit jugak kan,haiip!* selagi tu aku terima ja kamu nak berstudy week disini,tambah teman ketawa,haha.. kalau ada terkurang kat mana-mana kot layanan kitorang  ada yang buat kamu terasa hati ka, maaf la ye.. kita semua manusia biasa,hehe.. tak mau la emo-emo nih oke :) opss! lupa, sayang kamu juga 

p/s : cubalah untuk pandang kekurangan itu sebagai satu kelebihan~

4 comments:

useriyana said...

yea2!yusrianna glame di sini.hehe..
saya sayang cik qila jugee :)
terimaa kasih skali lagii atas kesudian anda menerima.

yg tu terjerit skit sbb ade org wt sy emo.hehehe..

cik zaty said...

hehe..terharunya sy.. dpt title ketua umah..

sy pun same la byk xsempurnanya tp cuba wat yg terbaik utk umah kita ye..

yg pling pnting sy sayaaaang korang semua sesangat..

insyaallah kalu ada jodoh, kita 1umah lg ye time keje nnti..amin:)

siti habsah said...

kim slm kat housemate kamu sume.....hihi

qila~ said...

yus : same-same kasih! :)

zaty : amin~ sme2 la kita b'usaha,insyaAllah..

bes : baekkk..! hihi..