pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, November 21, 2010

nur aqila nama diberi

salam semua :) 

sementara menunggu perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki berlangsung, saya singgah disini sekejap. wah sampai 3 post dalam 1 hari ye ;p post kali ni simple, juz nak tanya korang tau tak makna nama yang ibu ayah korang kasik kat korang tu? saya pernah ditanya soalan ini oleh rakan sekelas suatu masa dulu. saya jawab saya tak pasti la. sedangkan saya tahu makna nama saya, tapi saya tak pasti sebab mengikut apa yang saya jumpa, nur = cahaya. aqila tidak punya makna. aqilah baru ada. aqilah = yang bijak. 

so keesokkan harinya saya beritahu pada rakan tadi sambil berseloroh, " aku dah tahu makna nama aku, yang bijak. tapi kalau ada 'h' kat belakang. ni sebab takde 'h' dia jadi yang bijak tapi maen-maen belajar macamana nak bijak " hehe.. oke, itu adalah gurauan ya ;p nama memang mempengaruhi peribadi seseorang. dan memberi nama yang baik pada anak adalah suatu kewajipan seperti yang di tuntut oleh Nabi Muhammad s.a.w kita sendiri. 

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

so saya tahu makna nama saya n saya sangat sangat bangga dengannya. sedang berusaha untuk merealisasikan maknanya juga  terima kasih ibu n ayah sebab bagi angah nama yang terbaik tu. angah suka sangat!!

apa pula maksud nama korang? kongsilah dengan saya :)) oh boleh check makna nama korang disini : nama saya 


2 comments:

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

ye, bijak itu tdk semestinya pandai dlm pelajaran, andai wanita itu bijak membezakan baik buruk halal haram, bijak dlm menjaga maruah diri, bijak dlm menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim, bijak dlm percakapan dengan yg muda mahupun yg tua, bijak mengambil hati sahabat, dan banyak lagi lah...alhamdulillah, qila dah memiliki watak seperti makna nama qila :)

qila~ said...

like! *cam fb pule* aminn.. insyaAllah akn b'usaha m'jd bijak dari smua aspek yg akk tulis kat ats nih..usaha! usaha! :))