pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, November 16, 2010

25 fakta.

salam semua, salam hari Arafah juga  :)


post kali ni sekadar nak melangsaikan hutang pada cik bedah. saya di tag suruh buat 25 fakta rawak tentang diri. sebelum tu mari kita berkenalan dengan cik bedah. saya kenal dia masa matrik dulu. satu kos, satu kuliah. sekarang dia da kat ukm. jaoh, rindu la juga dengan kemeriahan dia,hehe..  sekejap ja da bole ngam dengan bedah ni. siyes, dulu-dulu sangat suka lepak sampai tertido kat bilik dia  ;)  1 perkataan yang menggambarkan bedah adalah bedah iaitu macho. kann.. haa, amacam bed oke tak pengenalan ni? hehe..


ini selipar bedah.
sape yang amek pic ni ha?

oke mari kita tengok 25 fakta rawak tentang saya :

1. cepat terasa hati tapi terer cover melainkan dah sampai tahap bengang sangat, ha time tu jugak tunjuk.
2. mudah menangis. ya, kalau tengah marah n geram saya boleh menangis. apetah lagi kalau tengah sedih,kan.
3. agak garang macam singa. ni afiq adik saya cakap. sila percaya.
4. orang suka cop saya sombong (tak kesah pon) sedangkan saya adalah seorang pemalu,haha..
5. errk, kira pemalu tadi tu bole jadi fakta nombor 5 la, ye tak? ;p
6. suka makan atau minum apa saja yang berasaskan jagung. contoh : air jagung, roti jagung gardenier, ice cream jagung.
7. suka tengok muvi yang ade hantu, darah, bunuh-bunuh. dalam erti kata lain : yang mencabar kekuatan jantung saya  :)
8. sangat sayang dengan jam tangan, gelang kayu n kasut. kalau dah kata sangat tu memang sangat la.
9. baru sekali try maen spaceshot, saya teros jatuh cinta! sape nak bawak saya maen benda tu lagi?
10. pernah dapat tempat ketiga dalam acara lompat tinggi masa sukaneka darjah 6. sila percaya lagi.
11. suka letak nama panggilan untuk setiap harta saya. contoh : cik acer, cik puan sony, encik nokia, mr.yintai ;p
12. tak suka menunggu dan takkan biarkan orang menunggu saya.
13. blur bila berjumpa dengan orang yang baru saya kenal. dan begitulah sebaliknya.
14. boleh jadi seorang yang kepoh atau seorang yang pendiam dalam sekelip mata ;p
15. pelik. orang kata saya pelik. tapi tang mana saya tak tau. ada sape-sape bole bagitau?
16. saya mudah memaafkan orang. bertuah sungguh la kan.
17. kurang suka dengan mereka yang hipokrit dan suka cakap besar.
18. penggemar sundae strawberry mc'd dan teh tarik.
19. yup, sangat sangat sangat suka ambil gambar. tunggu la ade dslr nanti, InsyaAllah.
20. sayur yang saya bole telan hanya lah kobis. sayur laen, ikot mood. 
21. orang suka mintak pendapat saya, saya pon bagi. tapi tak tau la bole pakai ke tidak pendapat tu,hee..
22. kuat makan tapi tak pandai masak, camne?
23. bukan seorang yang jiwang sebab tak macho la jiwang-jiwang ni, kan bed? ;p
24. suka pakai tudung yang sulam batu sikit ja tu tapi tak suka pakai tudung yang ada banyak batu berderet-deret tu.
25. suka tido atas lantai beralaskan tikar daripada tido atas tilam.


eh sekejap ja da ckup 25? aishhh.. ada lagi 252525 fakta lagi untuk diberitahu ni,camne? hehehe.. thanks bedah sebab tag saya. oke, mari kita lihat siapa mangsa seterusnya yang kena selesaikan tag ni. mereka yang bertuah kerana terpilih adalah :


1. paie
2. zaty
3. yusrianna
4. fatin
5. ain samiran
6. aina husna


* suka hati ja tag sampai 6 orang. takpe la ek..


sila buat ya korang. kalau korang free la, takde paksaan. tapi.. tapi buat la jugak eh. kita kan kawan,heee..

6 comments:

The lady said...

amboi no18 tu saya pon sameeeee ;p

bedah said...

haha. thanx sebab sudi buat. nak salin ni! nak hafal. haha

عين said...

mcm byk je yg sm...hihi.

no 24 paling klaka...haha sbb akk dulu pun cm qila xminat crowded2 ni :)

qila~ said...

una : teh tarik pon? oke,pasni jom..wrung mne ckp ja :) una jgn lpe buat tag bi oke,hee..

bedah : wlcome :) ha,gud! nnt jmpe aku tnye,haha..slipar 2 amacm,mcho kan?

kak ain : eh klaka ek?hehe..em 2 la,simple ja :)

Anonymous said...

tunggu tau.. rini baru aku nk bls 25 fakta tu..hehe..:p

qila~ said...

haha..oke :)