sejak akhir-akhir ni saya rajin menjadi pengikut (baca : follower) kepada mana-mana blog yang pengisiannya dari pelbagai sudut. ada yang memerlukan saya untuk banyak berfikir dan ada yang sekadar bercerita mengenai kisah hidup mereka. saya memang suka membaca. sekurang-kurangnya ilmu yang di kongsi dan kisah pengalaman mereka dapat saya jadikan panduan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang :)
tapi tak sangka pula di antara banyak-banyak blog yang saya ikuti perkembangannya, ada 2 blogger yang sedang belajar di luar negara. seorang di US dan seorang di Jepun. oh saya pernah berangan untuk sambung belajar di Jepun ;p seronok mungkin belajar di negara yang memiliki empat musim (sape nak pergi bukit cerakah sila ajak saya oke) tapi saya pasti mereka sangat rindukan Malaysia ;)
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
(Surah ar-Rad: ayat 11)
teringat pula cerita yang di sampaikan guru est saya suatu masa dulu. beliau bekas pelajar STF dan selayaknya dapat menyambung pelajaran ke luar negara tapi bila tiba masa rakan-rakan mendapat surat tawaran bagi menyambung pelajaran ke luar negara, surat untuknya tak kunjung tiba. rupa-rupanya surat beliau merantau seluruh Malaysia di sebabkan alamat rumah yang mungkin mengelirukan encik posmen. apabila sampai saja surat tu di rumah, tarikh untuk mendaftar telah tamat dan beliau sekadar menyambung pelajarannya di Malaysia.
apa yang benar-benar membuka mata bahawa ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa beliau tu bila salah seorang rakan balik bercuti dan perubahan yang sungguh ketara berlaku pada si rakan. saya rasa perubahan yang tidak baik kerana rambutnya sudah berubah menjadi warna oren! satu kelas ketawa semasa mendengar cerita tu. dan beliau sambil tersenyum memberitahu kami " saya bersyukur sangat-sangat Allah tidak menghantar saya ke luar negara." em nampak tak apa yang cuba disampaikan?
saya tidak bermaksud apabila ke luar negara pengakhirannya akan begitu,hehe.. itu cuma contoh buat diri saya dan anda semua supaya mensyukuri apa saja yang Allah beri. setiap yang berlaku ada hikmahnya :) kalau sekadar cemburu dengan kejayaan orang laen tanpa berbuat apa-apa untuk merubah diri sendiri tak boleh juga kan.. cemburu lah dari sudut positif. belajar di mana-mana pun tiada beza kerana yang membezakan adalah kita sendiri, si pelajar. menuntut ilmu bukan sekadar di sekolah dan di pusat pengajian tinggi. betul tak?
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain"
Riwayat Hadith al-Bukhari
semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, amin~ tak kira lah di mana pun kita berada. bersyukur dengan apa yang telah diberi, bukan asyik meratapi kerana Allah akan memberi nikmat yang lebih pada hambaNya yang tidak lupa untuk bersyukur. janji Allah itu pasti ♥
3 comments:
sy tag awk....
http://siha89.blogspot.com/2010/11/hahakne-tagged-by-farahin-khairi.html
Terima kasih atas posting ini, cukup membantu dan mengatakan banyak
Ini adalah pertama kalinya saya saya kunjungi di sini. Saya menemukan banyak hal menarik di blog Anda terutama pembahasannya. Dari ton komentar pada artikel Anda, saya kira saya bukan satu-satunya memiliki semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik.
Post a Comment