pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, November 26, 2010

emo.terasa.sentap

Assalmualaikum semua :)


semalam semua orang nak emo. erk maksud saya individu tertentu yang saya kenali di facebook. sesiapa yang tahu hal ni mesti tersenyum. oh sebelum tu apa itu emo? singkatan bagi emosional kan, tu la yang selama ni saya faham, ke salah? emo lebih kurang macam terasa la, sentap. ha kan kan? saya adalah spesies yang cepat terasa juga (sila rujuk entri 25 fakta dan ia berada di tangga yang teratas sekali,heh..) tapi secepat mana saya terasa, secepat tu juga saya cool semula. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anugerahkan saya hati macamtu :)


oke bagaimana emo ni boleh terjadi? itu persoalannya. dalam skop facebook, bila satu pihak menulis status yang menyebabkan seseorang tu terasa, maka jadilah emo. eh betul ka? macam buruk ja bunyi,haha.. tapi tu tak penting, yang penting anda faham la emo tu apa kan. takpe, biar saya guna perkataan 'terasa' menggantikan emo eh. macamni, bila ada rasa tak puas hati dalam diri, kita perlu luahkan. bila ada kekeliruan dalam diri, kita perlu bertanya. bukan tujuan untuk mencipta pergaduhan (lebih kepada perang tulisan) tapi untuk meleraikan kekusutan. 


bukan senang nak puaskan hati semua orang sebab kalau dah sibuk jaga hati semua orang, confirm hati sendiri tak terjaga. anda ingat bila hati anda tu anda tak jaga, ada orang laen nak jaga ka? belum tentu :) sama macam bila anda terasa dengan seseorang, kalau tak boleh simpan, luahkan. takut nanti anda sendiri yang makan hati. dan mungkin itu yang terjadi semalam. 


seorang rakan sekadar meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sesuatu (berkaitan dengan program fakulti) dan terus ia menjadi satu topik yang hangat. (baca : hot) di kalangan mereka yang terlibat. sebab apa boleh jadi hangat, sebab mereka yang terlibat terasa. seterusnya muncul la status-status dan komen yang bunyi seakan menyindir tentang perkara itu. 


bahaya kalau berterusan sebab kita dibawah satu fakulti. tak perlu la nak berpuak-puak ni walaupun mungkin itu dah hakikat dari sebelum sebelum ni lagi,haih.. bagi saya, yang lepas biar lepas. cukuplah bila dah dapat jawapan untuk persoalan tu dan orang laen tidak perlu masuk campur untuk memperbesarkan masalah yang kecil dengan menulis status balasan yang berbaur sindiran. saja nak tanya, seronok ka menyindir ni? heh..


bila kita sesama kita berselisih faham, yang suka siapa? syaitan. kan dia dah berjanji nak menyesatkan manusia. so jalan mudah yang perlu kita ambil, memaafkan dan melupakan. ya itu yang terbaek. mungkin sukar untuk melupakan tapi sekurang-kurangnya belajar untuk memaafkan. bukan apa, tak nak perkara yang tak baek berlarutan dan syaitan terus menjerit kegembiraan. 


“Ia (syaitan) berkata, Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka.” 
(Q.s. al-Hijr : 39-40).

tapi saya rasa masalah ni dah selesai kot, sebab saya bukan kawan dengan semua mereka yang terlibat di facebook. sekadar tahu dari yang menyampaikan. kalau dah selesai, alhamdulillah sangat. kalau belum, biarkan saja pasti ia akan reda dengan sendirinya, insyaAllah.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
 Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
 itu adalah mulia dan terpuji."

saya kadang-kadang buat orang terasa juga. ya, itu kelemahan saya. dalam proses memperbaiki diri untuk lebih menjaga kata-kata,hee.. penulisan di blog juga kadang-kadang tajam, so kalau ada sesiapa yang hatinya pernah dan mungkin akan terhiris dengan kata-kata dan penulisan saya, beritahu, tegur saya. insyaAllah akan di terima segala teguran dengan berlapang dada, saya janji!


p/s : hidup ini terlalu singkat untuk sekadar membuat orang laen terasa hati dengan kita  ;)


4 comments:

The lady said...

salam.

qila yeke emosional tu terasa@sentap?
una tak pasti la, selama ni faham emosional tu macam pergolakkan fikiran, atau pun satu perasaan yang meluap luap. tak kisah la sedih ke marah ke ape kee ... :)
hehehe ni pun baca dalam kamus google tehehe

qila~ said...

wslm.. entah,2 org tnye..tp lbey kurg la, mlibatkn perasaan kan :) rjin lah una ni siap google lg,hehe.. yg pnting,jgn emo2, rilex suda~

The lady said...

mestilah rajin, nak seribu daya kan,lagi satu takut memandai je kang salah pulak maklumlah bm tak power bi apetah lagi .. (ceh padahal dah bosan taktau nak buat ape selain menggogle google apa yg menjdai persoalan) hehehe.. btw teruskanlah berkongsi ilmu2 ye cik qila, mudah mudahahan memberi manfaat utk semua ;)

qila~ said...

elok sgt la 2..qila pn dpt ilmu skalik :) insyaAllah,una pon teroskn m'google n b'kongsi jwpn kpd psoalan kat smua oke,hehe..