salam semua.. makin dekat nak Raya Aidiladha, makin banyak saya fikir. bukan fikir nak tumbangkan lembu berapa ekor, tak mampu lagi. tapi terfikir bila la ayah dan ibu dapat pergi buat umrah dan haji ek..? ayah dah 52, ibu dah 49. masing-masing sibuk lagi bekerja. nak tanggung anak-anak belajar. tapi anak-anak belajar maen-maen. eh anak-anak ke saya ja? :'(
setiap kali balik raya, diaorang mesti berbincang pasal nak beli kereta baru. sekarang ni guna Wira ja. alhamdulillah tu pun dah sangat bersyukur. tapi di sebabkan anak-anak yang semakin membesar, ruang tempat duduk belakang mesti la semakin terhad kan. bayangkan 4 orang duduk, kalau semua badan kering kontang takpe gak,hehe.. so setiap kali ayah tanya pendapat nak beli Alza oke tak? saya selalu jawab, ala tak payah, tak payah.. lagi bape tahun ja angah nak grad, nanti angah beli la kereta sendiri. dalam hati sambung cakap, angah nak ayah n ibu simpan ja duit tu buat pergi haji macam ayah ibu orang laen,huhu..
so qila cepat-cepat sikit grad. jangan nak sangkut kat mane-mane pulak.
pastu cepat-cepat kerja, support ayah ibu pergi haji teros, lagi afdhal.
permudahkanlah jalan hambaMu ini Ya Allah >.<
sangat sangat berharap.
2 comments:
aminn..... nnti qila bile kreta besau eh...
qila nk bli swift ja,hehe.. amin~
Post a Comment