pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, November 18, 2010

pantang dan larang

salam semua..


tersenyum seketika bila teringatkan kata-kata dari seseorang ni. "rumah tengah renovate tu biasanya tanda orang baru nak masuk la tu." entah teori mana yang dia pakai tapi saya suka. mestilah suka. ada orang baru nak masuk rumah. ha mungkin ada orang nak datang merisik along ataupun saya nak dapat adik baru? hahaha.. dush3~ merepek! 


masyarakat Melayu kaya dengan kepercayaan dan pantang larang kan. tapi disebalik kepercayaan tu semua ada maksud yang tersirat. contohnya anak dara tak elok menyanyi di dapur nanti dapat suami tua. kata-kata ni saya baru dengar semalam masa tolong ibu memasak di dapur ;p   hakikatnya orang Melayu dahulu kala mencipta pantang larang ni supaya makanan yang di masak tak hangit. tu jee. kalau dah jodoh dengan orang tua jugak. tak bole nak buat ape  :))


teringat pula pengalaman dengan rakan sekelas beberapa bulan yang lalu ketika melawat seorang rakan yang kematian bapa di rumahnya. saya dan beberapa lagi rakan laen duduk bersila dimuka pintu. tiba-tiba salah seorang rakan saya berbisik "mak aku cakap anak dara tak elok duduk depan pintu nanti takde orang nak masuk meminang." kemudian, mula la beberapa orang mengesot ke tepi sedikit asalkan bukan duduk betul betul di depan pintu masuk. bukanlah dengan tujuan nak percaya kata-kata mak si rakan tadi tapi ape orang kata, tindakan refleks,haha.. saya dan beberapa yang lain masih tak berganjak kerana takde ruang lagi. ala, kalau ada jodoh ada la kan..


emm pendapat saya, kepercayaan dan pantang larang ni kadang-kadang untuk suka-suka bole lah. tujuan sebenar ia di wujudkan ialah untuk menasihati tapi dalam maksud yang tersirat kan. yela, kalau nasihat biasa tak jalan, kena la guna yang menakutkan sikit. contoh macam jangan main nyorok-nyorok time maghrib nanti kena sorok dengan hantu. ha ni larangan bagi kanak-kanak yang nakal. cuba kalau tegur biasa-biasa, bukan mereka nak dengar. kalau guna hantu, cepat-cepat ja masing-masing mencecet lari masuk rumah. takot,hehe..


seronok sebenarnya bila kita kaji pantang larang dalam masyarakat Melayu ni. last yang saya nak share dengan korang semua, ni saya tak pernah tau pon, bahawa anak dara dilarang berdandan malam dan melihat wajah pada cermin dikhuatiri wajah yang selalu di belek tiada seri bila dipandang. haaa, cuba fikir sebab apa pantang larang yang satu ni di wujudkan  ;)


tapi dulu masa join lawatan sekolah rendah p utara, kami tidur dekat satu asrama ni, agak buruk la. bole sebelum tido tu sorang kawan saya cakap, "malam-malam macam ni jangan tengok cermin nanti nampak hantu." sedangkan masa tu katil kami menghadap cermin yang bole tahan besarnya ya. ape tindakan yang dilakukan oleh saya yang berumur 12 tahun ketika itu? ambil tuala mandi, tutup cermin tu n cepat-cepat naek katil pilih nak tido tengah-tengah tapi tak dapat kena tido tepi sekali. tepi sebelah tingkap pulak tu. kejam kan kawan-kawan saya dulu. so nak marah ke nak menangis masa tu? korang cakap,cakap! sabar jela kan,heee..


google pic hantu tepi tingkap.
tapi dapat hantu tergolek tepi jalan.
kecewa (!)


akhir kata dari saya, jangan mempercayai pantang larang ini sekadar dari apa yang zahir sahaja. renungkan dari sudut apa yang tersirat ya kawan-kawan. kalau mempercayai pantang larang ni secara membabi buta, ia boleh membawa kepada rosaknya akidah dan hukumnya adalah haram. 


Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib 
di langit dan di bumi melainkan Allah .
(an-Naml: 65)

p/s : pantang larang pelik-pelik n kelakar ape lagi yang korang pernah dengar? share le  :)

4 comments:

Silent said...

salam aidiladha qila..=)

qila~ said...

salam aidiladha mizah :)

Ahmad Tajul said...

hmm.. pasal tak leh tgok cermin waktu malam tue, ader hadis kalo tak silap.. yang melarang tgok cermin waktu malam..
hmm.., hadis ker..entah laa.., confius jgk pasal ingat2 lupa..

qila~ said...

owyeke? haa,carik2,kalo betol gtau..ilmu nih :)