pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, November 28, 2010

si pesakit hati.

Assalamualaikum semua :)


hari ni mood sangat sangat baek seperti matahari yang memancarkan cahayanya. (wah!) mood baek sebab dapat keluar dengan ibu, yo, dan afiq pergi jalan-jalan cari barang sambil makan sundae (una sila jeles cepat,hee..) dapat pula menghirup udara segar, jauh dari bunyi orang bertukang ;))


oke serius, sebenarnya nak bagitau sesuatu yang betul-betul penting buat para wanita di luar sana. kepada pembaca lelaki korang tak nak teruskan bacaan pon takpe. tapi tau mesti ada yang baca jugak. (lagi tak mau ngaku suka gosip kan) err tapi ni bukan gosip sebenarnya. ni kisah benar. bukan rekaan si penulis. 

hari tu masa blogwalking saya ada terbaca satu entri berkaitan seseorang yang hatinya mungkin sakit (bukan sakit hati jeles tu ek) telah mencuri gambar wanita yang comel, cun, meletop woow gempak giler (macam iklan celcom)  dari blog atau facebook wanita berkenaan dan dijadikan satu koleksi untuk di paparkan di satu laman web kendalian si pesakit itu sendiri. serius! (=.=') 


oke, ni bukan fitnah yep. ni kes terbaru. saya dah tengok sendiri website tu dan memang sah banyak (sangat banyak) gambar wanita, blogger popular lagi comel dan entah sape-sape lagi yang saya tak kenal di letakkan di situ. pemilik laman web itu gagal di kenal pasti siapa. mestilah kalau dah buat benda merepek macam tu apekes dia nak bagitau identiti dia kan,adeh..


nasihat saya buat para wanita di luar sana, berhati-hatilah kalau nak letak gambar korang kat blog ataupun kat facebook sebab takut korang jadi mangsa pesakit hati ni tadi. jangan korang fikir korang pakai tudung litup korang tak 'terpilih' untuk jadi mangsa dia ye. dalam website tu, yang bertudung  litup lagi ayu pon ade,huhu.. bayangkan gambar wajah korang dipaparkan sebesar-besarnya untuk tatapan mereka mereka yang 'sakit hatinya.' takut!


di buatnya ada yang meminati korang secara senyap lepas tengok website tu, lepas tu jadi peminat fanatik (macam artis lak) korang rasa selamat ka nak berjalan-jalan di luar sana? saya bukan nak takut-takutkan korang apetah lagi nak buruk sangka, tapi ambil nasihat saya ni sebagai langkah berjaga-jaga. kan mencegah lebih baek dari merawat. tu pun kalau sempat di rawat, kalau tak? nauzubillah, moga kita di jauhkan dari perkara macam tu. amin~


masih ada yang tak percaya dengan cerita saya ka? buat yang tak percaya tu, fikir semula, ape faedahnya saya mereka-reka cerita? sebab saya sayangkan korang semua la saya mengingatkan. korang tak sayang saya takpe sebab untuk menjadi semakin matang saya perlu terima hakikat tak semua orang yang saya sayang akan sayang saya semula. eh termasuk cerita post semalam pulak,hee.. tapi  tolong, tolonglah percaya dengan saya.


letak gambar si buncit lagi bagus.

kalau saya nak, saya boleh ja letak link website tu macam yang dilakukan di blog di mana saya dapat cerita ni, tapi saya tak nak, sebab nanti ramai pulak yang singgah ke blog saya semata-mata nak dapatkan link tersebut dan buat lebih ramai orang 'sakit mata' dan 'sakit hati'. saya tahu pembaca blog saya bukan sekadar dari golongan hawa saja. so perlu ka saya sebarkan benda yang tak patut di sebarkan? cukuplah saya beritahu apa yang saya tahu. jangan buat kaum adam 'sakit hati' dengan kita oke.


Nabi Muhammad s.aw bersabda :
 " Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita. " 
Hadis Riwayat Bukhari -


tu jelah yang saya nak beritahu kali ni. tolonglah ambil berat pasal perkara ni, sebab sekali lagi saya cakap, saya sayang korang semua!! ingat, keluar rumah jangan lupa baca doa, dan jangan lupa amalkan ayat Kursi. sebaik-baiknya jangan jalan berseorangan. 


paling penting, fikir 9 juta kali sebelum nak letak gambar korang kat blog atau facebook yang pastinya boleh di akses satu dunia. tak kisahlah korang nak cakap saya macam mak nenek suka berleter ke ape, yang penting saya dah sampaikan apa yang seorang muslimah patut sampaikan pada muslimah yang laen  :)

Allah kan baek, semoga Dia terus melindungi saya, awak dan korang semua 

3 comments:

عين said...

:)
setiap apa yg Allah da tetapkan mesti ada sebab kenapa di amelarang itu ini...salah satunya seperti di ats. kita punya akal, tentu boleh fikirkan. soalnya hati, mahu berdolak dalih atau patuh pada ayat peringatan Allah utk kaum hawa.

"Kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu...bukan jg bakal suami...hanya untuk suami (- -)

Eza Zularyeza said...

terima kasih utk pemberitahuan..akan cuba hapuskan gambar2 yg dh trlepas kat mana2..
terima kasih skali lagi

qila~ said...

kak ain : stuju sgt! org akn igt ni, thanks kak ain :)

eza : sama-sama :) sebarkan pd yg laen oke..