Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!
Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.
Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
Tulisan Ustaz Pahrol buat saya termenung. Bukan termenung kosong tapi termenung memikirkan sesuatu. Pernah di tanya oleh seorang sahabat mengenai 'mengapa dia sering di uji dengan kesusahan sedangkan solat dia tak pernah tinggal' padahal si kawannya pula sering bahagia dan sentiasa mendapat apa yang diinginkannya sedangkan solatnya pun belum tentu waktu. Adakah Allah s.w.t itu tidak adil?
Oh sudah tentu tidak kerana sifatNya yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana itulah tanpa kita sedari sebenarnya kebahagiaan dan kesenangan juga adalah suatu bentuk ujian. Bila kita senang, bila kita lapang, kita sering lupa, kita sering leka. Nah bila sekali Allah uji dengan kesusahan, dengan masa sempit mula kita merungut dan kembali mengingatiNya. Usah ditanya dimana keadilan Allah sedangkan kita sendiri tidak adil, hanya mencariNya disaat kesusahan datang. Adil kah kita? :)
pernah dengar kisah si miskin yang terus miskin dan si kaya yang terus kaya? Maaf saya tak ingat kisah ini bersama Nabi apa, Nabi Musa mungkin (sesiapa yang tahu boleh share) Begini ceritanya : suatu hari si miskin datang kepada seorang Nabi meminta supaya berdoa kepada Allah agar diberikannya kekayaan kerana hidupnya yang serba melarat sangat menyeksakan. Sambil merungut-rungut dia bercerita. Kemudiannya datang pula seorang kaya meminta supaya didoakan agar kekayaannya tidak terus bertambah kerana kekayaan hanya membuatkan dia terleka dan dia takut dengan harta yang dimiliki akan membuat dia lupa untuk bersyukur.
Apa yang terjadi? Allah s.w.t dengan sifatNya yang Maha Pemurah dan sebagai pemberi rezeki berterusan menjadikan si miskin itu hidup dalam kemiskinan dan si kaya tadi hidup dalam kekayaan. Masih tidak adil lagi kah Allah itu? Tepuk dada tanya iman kita. Kadang-kadang kita ni lupa nak bersyukur sebenarnya. Bersabarlah dengan setiap ujian yang datang. Muhasabah diri...
wallet orang tak kaya miskin pun tak juga,hee..
p/s : ujian Allah tu berbeza-beza pastinya.