Tambah lagi satu tarikh dalam buku merah.
Akhirnya perasaan yang tak dapat digambarkan itu datang lagi :')
Walaupun kali ni ada sedikit masalah kerana kedua belah tangan terpaksa dilibatkan, yang penting hati sangat puas dapat berbakti kepada yang memerlukan. Mata berpinar, muka pucat setelah selesai menderma. Mungkin kesan daripada menipu kononnya sudah mengambil sarapan pagi dan memiliki tidur yang mencukupi. Nah akhirnya aku bahayakan diri sendiri,hehe.. Terima kasih Ya Allah kerana Kau permudahkan..
Buat kamu kamu di luar sana yang mungkin bakal mengalirkan darah ini atau darah sesiapa saja ke dalam tubuh badanmu, ku harap kamu dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya ♥
“ Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan-kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di hari akhirat.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar)
InsyaAllah..
p/s : siapa tak pernah derma darah? anda mesti mencubanya :)
3 comments:
alamak, xpenah...berat xcukup, so cmne?
haha.belum pernah.tak pass sebab tak cukup tidur.hee.
kak ain : alamak! mcm mmg tak bole nk tlg ja,tu la kruih sgt ;)
akufobia : sbb tu la 'mnipu' itu perlu,hehe..
Post a Comment