pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, February 14, 2011

campaign no valentine loves Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca blog. Di jemput oleh cik pka untuk menyertai kempen ini (terima kasih!)


"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"


sambil menaip post ini saya menjeling pada jam yang menunjukkan waktu di sudut hujung kanan wajah incik Acer saya. terdetik di hati masih sempatkah aku ini? seperti dah terlambat kerana masa sudah tinggal beberapa minit cuma tapi saya gagahkan diri menaip kerana ini adalah satu topik yang sangat menarik. sangat-sangat  >.<


menyambut hari cinta vs sayang dan cintakan Rasulullah kekasih Allah. dua rasa yang sangat banyak perbezaannya. bagi saya tiada apa yang istimewa dengan 14hb Februari. kalau ada yang istimewa sekalipun mungkin bagi sesiapa yang menyambutnya. Hari Valentine? maaf saya tak ambil peduli. Alhamdulillah memang tiada sambutan istimewa, sesi pemberian hadiah  seperti coklat mahupun bunga yang saya nampak sepanjang hari ini di mana-mana :)


mengungkapkan kata-kata cinta dan sayang, kanak-kanak umur 4 tahun pun boleh lontarkan inikan pula kita yang sudah dewasa, sudah pasti ayat-ayat cinta itu lebih tersusun dan lebih 'power' tapi adakah ia benar-benar bermakna? cinta memang indah. tapi yang indah biasanya takkan kekal. cinta pada ayahnda bonda, satu hari mereka akan pergi jua, cintakan suami dan anak-anak, tiba masa perlu dilepaskan jugak, hanya cinta kepada Allah kan kekal abadi.


tapi bagaimana mahu bercinta denganNya andai cinta terhadap kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w tidak sebanyak mana? apa bukti kita cintakan baginda? pastilah dengan mengamalkan ajaran dan sunnahnya. bercakap memang mudah, "Ya, aku cintakan baginda" tapi benarkah cinta itu cinta yang sebenar-benar cinta? jauh~ tanpa malu dan ragu saya mengakui cinta saya pada baginda masih jauh, masih belum cukup 1/2 sekalipun di bahagian hati ini (mungkin?) tapi itu bukanlah batu penghalang kerana dengan usaha (usaha!usaha!usaha!) InsyaAllah tak mustahil tahap kita semua boleh seperti seorang wanita ini yang begitu cinta dan sayangkan Rasulullah s.aw.


..siapa wanita itu? diriwayatkan dari Saad r.a Ibnu Waqqas r.a telah memberitahu kepada seorang wanita dari kalangan Bani Dinar yang suaminya, ayahnya, dan saudara lelakinya telah gugur membela Rasulullah s.aw. dalam perang Uhud. kemudian wanita itu terus bertanya " bagaimana dengan kekasih Allah?" mereka menjawab "wahai Ummu Fulan, segala puji bagi. Allah, baginda baik-baik saja seperti yang engkau harapkan" wanita itu membalas "perlihatkan baginda kepadaku agar aku menyaksikan sendiri dengan mata kepalaku" setelah ditunjukkan baginda Rasulullah, lantas berkata wanita itu "semua musibah setelah melihat keselamatanmu terasa tiada ertinya" Allahuakhbar!!..

mampukah kita jadi sepertinya? :') soal semula pada diri, sudah sebegitu besarkah tahap kecintaanku kepadamu wahai Muhammad s.a.w? malu. sangat malu dan sedih bila setiap kali membaca kisah saat-saat kewafatan baginda, baginda masih ingat pada umatnya hingga ke hembusan nafas yang terakhir tapi kita? adakah memikirkan baginda setiap masa atau hanya pada sambutan Maulidur Rasul sahaja? tepuk dada, tanyalah iman kita. wassalam...

p/s : maaf post tergesa, ada silap di mana-mana harap tegur. moga perkongsian ini bermanfaat hendaknya 

No comments: