pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, February 27, 2011

yang miskin dan yang kaya.

Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!
Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria. 
Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
Tulisan Ustaz Pahrol buat saya termenung. Bukan termenung kosong tapi termenung memikirkan sesuatu. Pernah di tanya oleh seorang sahabat mengenai 'mengapa dia sering di uji dengan kesusahan sedangkan solat dia tak pernah tinggal' padahal si kawannya pula sering bahagia dan sentiasa mendapat apa yang diinginkannya sedangkan solatnya pun belum tentu waktu. Adakah Allah s.w.t itu tidak adil?
Oh sudah tentu tidak kerana sifatNya yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana itulah tanpa kita sedari sebenarnya kebahagiaan dan kesenangan juga adalah suatu bentuk ujian. Bila kita senang, bila kita lapang, kita sering lupa, kita sering leka. Nah bila sekali Allah uji dengan kesusahan, dengan masa sempit mula kita merungut dan kembali mengingatiNya. Usah ditanya dimana keadilan Allah sedangkan kita sendiri tidak adil, hanya mencariNya disaat kesusahan datang. Adil kah kita? :)
pernah dengar kisah si miskin yang terus miskin dan si kaya yang terus kaya? Maaf saya tak ingat kisah ini bersama Nabi apa, Nabi Musa mungkin (sesiapa yang tahu boleh share) Begini ceritanya : suatu hari si miskin datang kepada seorang Nabi meminta supaya berdoa kepada Allah agar diberikannya kekayaan kerana hidupnya yang serba melarat sangat menyeksakan. Sambil merungut-rungut dia bercerita. Kemudiannya datang pula seorang kaya meminta supaya didoakan agar kekayaannya tidak terus bertambah kerana kekayaan hanya membuatkan dia terleka dan dia takut dengan harta yang dimiliki akan membuat dia lupa untuk bersyukur.
Apa yang terjadi? Allah s.w.t dengan sifatNya yang Maha Pemurah dan sebagai pemberi rezeki berterusan menjadikan si miskin itu hidup dalam kemiskinan dan si kaya tadi hidup dalam kekayaan. Masih tidak adil lagi kah Allah itu? Tepuk dada tanya iman kita. Kadang-kadang kita ni lupa nak bersyukur sebenarnya. Bersabarlah dengan setiap ujian yang datang. Muhasabah diri...
wallet orang tak kaya miskin pun tak juga,hee..
p/s : ujian Allah tu berbeza-beza pastinya.

3 comments:

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Kadangkala terdetik juga di hati, kenapa Allah SWT tak turunkan hidayah bagi mereka yang terus tenggelam..

Tapi saya silap.
Silap sungguh.
Kerana orang yang diberikan hidayah sekalipun, andainya Allah nak tarik - pasti ditarik.

Jujurnya, sebenarnya ini peluang kedua Allah berikan kepada saya.

Sungguh, saya pernah leka.
Leka, sehinggakan perkara yang Islam tegah, saya cuba halalkan. Nauzubillah. Minta dijauhkan, ambillah pengajaran.

Mungkin disebabkan perkara itu biasa di mata dunia. Dan andai di tanya di jalanan, mungkin ada yang rasa it is normal. Sedangkan dalam Quran jelas Allah berfirman tentangnya.

Alhamdulillah wa astaghfirullah, Allah itu Maha Penyayang..

Dan saya rasa sangatlah tidak layak memohon apa2 selain keampunan-Nya

Biarlah susah di dunia ini menjadi bayaran atas kekhilafan..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

subhanallah...tulusnya kata2 yg lahir dr hati Aishah...meski kita yg tlh dipilih Allah beroleh hidayahNya itu, masih wajib mohon diberi petiunjuk taufiq dan hidayahNya.insyaAllah.ameen.

qila~ said...

:') memang terharu,nak menangis pun ada bila dikata orang yang diberi hidayah pun Allah boleh tarik bila-bila masa.. semoga Allah sentiasa kuatkan hati dan iman kita semua..