pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, February 18, 2011

tabarruj : cantik ke?

Bismillahirrahmanirrahim.


Melihat mereka mereka yang menggayakan pelbagai jenis fesyen tudung dan selendang kadang-kadang buat hati saya tergerak sama ingin mencuba. Akal memberitahu pada diri kalau saya cuba juga mesti cantik macam mereka. Maka saya mulalah membeli sehelai selendang, saya pakai. Saya sapukan sesuatu pada kelopak mata dan sedikit di pipi sama saja seperti gaya kebanyakan remaja sekarang. Bila saya mula merubah gaya saya pada hari pertama, ramai yang menegur saya kelihatan cantik. Walaupun mulut menafikan dalam hati terselit sedikit rasa bangga. Esok saya nak pakai macam ni lagi lah! Daripada tidak menjadi perhatian para lelaki di kampus, saya mula diperhatikan. Bangga lagi, tak lama nanti mesti ada yang jatuh hati. Dan pada hari-hari yang seterusnya saya semakin pandai bergaya dan bersolek. Pujian dan kekaguman orang ramai turut semakin bertambah. 


salahkah saya berubah?


( hanyalah cerita rekaan semata-mata )


Allah suka pada kecantikan, keindahan dan terutama sekali kebersihan tetapi sedarkah kita yang Allah tidak suka kita salah guna akan kecantikan yang dikurniakanNya. tahukah anda apa itu tabarruj? Imam Bukhari r.a menyatakan: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”



Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek tetapi pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan 
kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan tabarruj.





untuk memahami dengan lebih mendalam lagi apa itu tabarruj boleh baca disini : tabarruj





saya selalu rasa takut untuk berubah kerana saya tak suka menjadi perhatian sesiapa. saya pakai apa yang saya selesa selagi tiada mata-mata yang melihat, alhamdulillah saya bahagia. kadang-kadang niat di hati inginkan perubahan maka saya beli satu dua selendang dan saya gayakan di bilik. sampai di situ sahaja. sangat membazir bukan? untuk apa saya beli tapi saya tak gunakan. itu persoalan yang selalu diajukan kepada saya terutamanya dari rakan-rakan dan si adik perempuan.






dan setiap kali saya mencuba di hadapan mereka atau memegang sesuatu yang saya rasa cantik kalau saya 
pakai, mereka akan mengingatkan bahawa saya tak perlukan itu semua.





"sudah qila, jangan beli nanti kau bukan pakai membazir ja" kata si rakan sambil menghadiahkan jelingan tajam. (macamlah takut)





"tak yah beli lah angah, kau mesti tak pakai punya lagipun bukan kau lah pakai macam ni, kata ganas" gurau si adik perempuan. (eh!)





situasi itu semua tidak sedikit pun mencalarkan hati dan perasaan saya. sebab mereka yang mengingatkanlah saya berterusan takut untuk mencuba. alhamdulillah. sesungguhnya jarum jarum iblis itu amatlah halus mencucuk hati dan keinginan kita dalam diam. kita ingin menjadi laen dari yang laen, makanya kita mencuba. sedangkan bila kita berubah, kita sama saja seperti mereka di luar sana. di manakah kelaenan yang kita cari? tiada. yang kita dapat cuma dulu laen sekarang laen. *sedang belajar kuatkan hati*





ingatlah kawan, pakaian itu mencerminkan peribadi. walaupun kadang-kadang apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang ada di dalam (hati) tetapi sekurang-kurangnya kita ada pelindung diri. terima kasih kawan kerana selalu menyedarkan saya disaat saya ingin bermimpi. maafkan saya kawan andai ada teguran saya yang tak sampai. saya pun lemah juga.



Al-Baihaqi meriwayatkan sabda Rasulullah SAW dengan sanad sahih : 
"Sebaik-baik wanita kalian adalah yang penyayang, yang banyak melahirkan, yang sesuai (dengan suaminya) jika mereka bertakwa kepada Allah. Dan seburuk-buruk wanita adalah yang tabarruj dan sombong. Mereka itulah orang-orang munafik. Tidak akan masuk syurga salah seorang di antara mereka kecuali seperti gagak putih."
 (Hadis Riwayat Baihaqi).



andai terleka, Tolong Ingatkan Aku :) 





p/s : dalam misi pencarian identiti diri. masih banyak cacat dan lubang-lubang nya.



4 comments:

Silent said...

"andai terleka, Tolong Ingatkan Aku :)

p/s : dalam misi pencarian identiti diri. masih banyak cacat dan lubang-lubang nya."



sukkeee =)

insani81 said...

subhanallah...
syukran atas perkongsian ilmunya..
=)

عين said...

alhamdulillah tulisan yg sgt mendidik jiwa kita...semoga kita semua istiqamah dlm mencari yg satu: redha Allah :)

qila~ said...

mizah : heee,peringatan buat diri :) thanks~

insani81 : afwan,skdar b'kongsi pglmn n pndpt dari diri yg msih byk kkurangan :')

kak ain : istiqamah! ye perkataan itu yang kita cari.. moga-moga Allah permudahkan :)