pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, February 11, 2011

facebook merenggangkan hubungan?

boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang
bertambah sayang...


oke lagu memang takde kaitan dengan tajuk mahupun post kali ni kecuali perkataan renggang tu. saja ja suka-suki ;p dah nak mulakan perkongsian cerita ni. baca basmalah dulu baru betul.


seorang kawan cerita pada saya, sejak ada facebook ni dia dah jarang berborak dengan housemate dia. sebab semua cerita boleh baca kat facebook, ape apehal nak tau tengok ja kat facebook. so bila nak berborak dah tau nak cakap ape. em betul jugak,hehe.. saya gelakkan aje sebab kelakar kot dia cerita kalau tak kelakar takkan saya gelak kan? bila kelakar kena la gelak kalau tak gelak nanti tak kelakar (eh?)


oke serius sikit. saya sangat sangat lah setuju dengan cerita kawan saya tu. kadang-kadang pelik+kelakar jugak bila duduk serumah pun, nak berborak guna facebook. sebenarnya facebook ni lebih sesuai untuk berhubung dengan mereka-mereka yang jaraknya jauh sikit dari kita. bermakna bukan dalam satu rumah la. setuju tak? ni nak ajak pergi makan pun tulis kat wall facebook si housemate, macam takde mulut nak tanya direct. kan kan kan? (aiceh saya pon pernah buat gak,kot?)


yang tak bestnya bila ada berselisih faham dengan housemate pi tulis kat facebook, mentang-mentang la si housemate takde facebook,haha.. oke ni siyes memang contoh saya maen reka sendiri ja (takut ada tersalah faham) dan lagi lagi bertambah tak bestnya bila facebook ni dijadikan medan untuk 'berperang' antara satu sama lain. daripada orang tak tahu cerita dalam kain, terus rasa macam kain dah terlucut sekaligus memalukan kedua-dua belah pihak. kan saja carik nahas tu kan.


kesimpulannya, janganlah disebabkan facebook ni hubungan kita dengan sesiapa pun menjadi semakin renggang. berselisih ja mula tarik muka masam, dah tak comeeel,hehe.. ha tu je nak pesan kali ni :) kalau boleh yang jauh tu kita dekatkan, yang dekat ni kita rapatkan. semoga ikatan ukhuwwah tu tak pernah dan tak akan putus lah bak kata orang. insyaAllah..




" Sesungguhnya Allah menyukai 3 perkara untuk kamu dan mengharamkan 3 perkara untuk kamu. Dia menyukai kamu menyembahNya dan meleraikan segala perkara denganNya, kamu berpegang teguh pada tali Allah dan kamu tidak berpecah. Dan Dia tidak tidak menyukai bercakap-cakap kosong, terus-menerus bertanya, dan membazir kekayaan "
(Imam Muslim)

p/s : kat rumah sewa saya walaupun masing-masing dah ada facebook, tak mungkin akan pernah sunyi,haha.. masa praktikal nanti mesti dan pasti rindukan mereka :')
p/s p/s : blog ni memang ada stalker atau saya ja yang perasan lebih?? eehhh... 

2 comments:

saya said...

salam cik qila, saya setuju benor! hehe.

masing2 lebih suke duk depan laptop n layan facebook masing2. kurang perhubungan dgn dunia luar.. tak betul macm ni. go out, and find the real life outside! :)

qila~ said...

wslm..

hehe..kan kan..kdg2 terleka sampai bom jatuh pun tak sedar (hiperbola lak):P

jgn jdikan fb tu kehidupan, kena ingat..