pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, February 5, 2011

cerita kenduri, kisah banjir.

Bismillahirrahmanirrahim.


Apa yang saya suka tentang kenduri selain bertemu dengan saudara-mara? tak laen tak bukan ialah makan. makan, makan dan makan :)


tapi di sepanjang persiapan mengadakan kenduri, apa yang lagi best selain daripada melibatkan diri dalam aktiviti mengupas kulit bawang, mengopek kulit udang dan mentanak nasi? pilihan saya adalah melayan karenah anak buah 


Wa dan Mr.Bo


perebutan buaian memang sentiasa berlaku di rumah ni  =.=''

Najwa cakap Danish kejam sebab tak bagi dia duduk dekat buaian yang lagi satu tu. Yo pun cerita, haritu Najwa cakap macam ni kat dia " Cik Yo ni kejam la macam harimau "

eh eh, kejam memanjang,hehe.. kadang-kadang terfikir jugak kat mana lah budak-budak ni belajar guna perkataan macamtu. dari siapa? dari yang dewasa ni lah. kalau bukan ibu bapa, dari abang dan kakaknya takpun dari televisyen. sebab tu tak boleh cakap sebarangan depan kanak-kanak, dorang belajar dari kita tau. contoh simple, kalau kita panggil itik tu selipar jepun confirm dorang pun panggil yang sama. cuba bayangkan bila dorang cakap, " eh ibu tengok tu dia jalan macam selipar jepun pulang petang " (errkk?) kesimpulannya, cakaplah perkara yang betul dan baek depan kanak-kanak supaya masa depan dorang lebih terjamin,hee..

Wa tak nak kawan Danish.

haih, pengakhirannya sudah pasti begini. tapi selang beberapa minit lepas tu tengok dorang maen tarik telinga bergurau senda pula. satu jela Cik Qila nak kata " hmm budak-budak" :D

okeh, mari kita sajikan mata kita dengan gambar-gambar yang sempat di ambil oleh si pencurik tulang ini.







tu ja yang sempat saya ambil. ni nak cakap pasal pic last ja, memandangkan sekarang musim banjir maka sangat keraplah nampak heli ulang alik hantar bekalan makanan pada mangsa. bersyukur sangat kawasan rumah saya selamat, Alhamdulillah. tengok berita mangsa banjir di Muar ramai juga, semoga mereka semua tabah!

masa untuk muhasabah diri, ingat pada mereka yang ditimpa kesusahan. rajin-rajin doakan keselamatan mereka termasuk saudara kita yang berada di Mesir tu. cuba tanya pada diri, kenapa Allah timpakan ujian begini. kiamat semakin menghampiri kawan-kawan. sudah bersediakah kita?

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 
(Ar Rum ayat 41)

Allahuakhbar!

2 comments:

SYAFIQAH / S said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya..

kak qila kte suka lah yang siap tulis bagai menu kat white board tue..cool

:)

qila~ said...

yep,dan stiap apa yg berlaku itu adalah sbg peringatan kpd kita yg leka..

oh itu makcik akk buat,mcm cool kn ;)