pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, February 16, 2011

yang aku jumpa dari selatan ke utara.


jangan kecilkan kemampuanmu, kekuatan itu sesungguhnya bukan hanya pada fizikal tapi juga pada mental. berapa ramai orang yang fizikalnya sihat tetapi mentalnya sakit?


jangan takut menghadapi hal-hal yang nampaknya menakutkan, padahal sebenarnya ia tidak. ramai orang yang takut pada mati sedangkan mati itu sudah pasti.



jangan risau dengan perbezaan kerana Allah mencipta seseorang pasti ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing. 


harungilah angkasa impian dengan rasa syukur. syukur akan kebesaranNya nescaya kau akan bertemu dengan kenikmatan yang tak terkira.




sesuatu yang lazat harus dimasak terlebih dahulu. jadikan 'proses memasak' itu sebagai bahagian menuju kelazatan hidup yang akan kita jumpai, insyaAllah.


bersambung...


kredit juga : disini 

2 comments:

picairin said...

wah...buat ap g png???

qila~ said...

jln2 kmpung mmbe..last mnit plan ni,hehe..tu yg 'bz' tu ;p