pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, March 25, 2010

alhamdulillah,diberi peluang :)

hari ini seperti yang dijanjikan,aku bersama rakan2 pergi ke pusat pelajar sekali lagi untuk menderma darah..mula2 macam tak jadi coz suda hampir pukul 3 dan aku masih belum makan..yang ada dalam perut cuma cekodok pisang yang dimakan waktu breakfast,air sirap bandung penghilang dahaga dan saki baki megi yang aku makan pukul 2 pagi semalam :p

tapi setelah melihat ramai orang disitu,tiba2 datang satu semangat yang wat aku rasa aku boleh menghadapinya walaupun dalam keadaan perut yang masih kosong..betul..! rakan2 yang turut mencuba sekali lagi adalah zaty,paie dan mashi..ketiga2 mereka gagal..aku..?? ye,aku berjaya berbekalkan berat badan 47kg,bacaan darah 12.6 dan tekanan darah yang normal,aku diterima untuk menderma darah,alhamdulillah..berbaloi datang arini..so,jangan pernah putus asa ye semua,hehe..

sangat2 excited bila layak..memang satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata2,huhu..lagi2 bila tengok darah tue mengalir masuk kantung,Ya Allah...!! hebat sungguh kuasa Allah tue kan..masa check tekanan darah,doktor yang menjaga bahagian tersebut cuma seorang dan dia ialah lelaki..tiada pilihan laen,terpaksa membenarkan dia menyentuh tanganku untuk membolehkan dia menjalankan tugasnya..hmm..aku juga menipu bila dia tanya semalam tidur berapa jam..aku jawab 6 sedangkan cuma 4 jam..berdosa tak ek?huhu..coz semalam akak tue cakap kalo awak tak cukup tido tapi awak rasa larat untuk derma darah,tak kesah..so aku jawab la cmtu untuk elakkan diri dari dihalang menderma darah,hoho..

selesai mengisi borang,aku dikehendaki mencari tempat..puas tercari2,akhirnya sorang mamat nie menunjukkan tempat kosong di belakangnya..tiada pilihan laen..sebelah ku juga adalah seorang pelajar lelaki..aishhh,agak tak selesa..semalam tak la seramai ni kaum adam yang datang menderma -_-"

berbeza dengan doktor tadi,pembantu perubatan yang menguruskan aku juga adalah lelaki tetapi dia memakai sarung tangan...ya,sangat berhati2 dan tidak menyentuh ku sedikit pun walau dia ada pelapik yang dapat menghalangnya dari bersentuhan dengan aku..nak ketawa pun ada,hehe..aku ceritakan kejadian tersebut dengan rakan2..ayien kata,budak tue wat camtu coz dia hormat..ye,betul kata ayien..bagus,moga lebih ramai lelaki kat dunia nie macam dia..menghormati hak wanita :))))

p/s : membe semua pelik camne semalam bacaan aku 10.5,arini buleh 12.6..ntah ek,ape je aku makan..maybe makan kuning telur yang zaimah letak dalam megi mase pukul 2 pagi tue kot..heeee~~

2 comments:

fafa0 said...

ome de to.. kalo x slh se erti ngn thniah kpd anda..
akhirnya tertunai kan hajat nk mnjd penderma utk malaysia...

qila~ said...

aiseh,bhse jepun pule..bls dlm arab la,syukran,hahaha..anda cuba la sem dpn :p