pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, March 15, 2010

diam itu ibadah~

pernah dengar tak kata2 nie.. kalau anda tak boleh boleh bercakap baik,lebih baik anda mendiamkan diri.. mst pnah kan..em,tak tahu la aku penah sentuh bab diam nie dalam en3 sblm2 nie ke tak,tak ingat..rasanya belum,so nie nak sentuh sket bab diam  

banyak sebenarnya hikmah berdiam diri kerana drpd mengatakan sesuatu yang bukan2,lebih baik diam..

sabda Nabi Muhammad s.a.w : " seorang Mukmin bukanlah pengumpat yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor " ~ Hadith Riwayat Bukhari

" Barangsiapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya..Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya " ~ Riwayat Abu Naim

terbukti yang dengan berdiam diri itu banyak hikmahnya..tapi bergantung pada keadaan,bukanlah berdiam diri sentiasa hingga memberi kesan negative pada diri kita :) bak kata orang diam bertempat..tadi pn baru kne tgo dgn lecturer.. aqila,awk ni diam je,kdg2 tgk cam ok,kdg2 tak..hahaha..nmpak tak kburukn diam d'situ..so dlm kls sila la byk bunyik,tp bkn bergosip eh, b'bunyik tue mknenye b'tnye soalan :)

tak perlu risau dilabel 'budak pendiam' coz bagi aku seorang pendiam tak semestinya bodoh dan seorang yang banyak bercakap tak semestinya cerdik..orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap..

tapi betul jugak,kdg2 kalo kita diam orang label kita sombong,bodoh..hakikatnya mengapa kita berdiam diri kerana kita tak mau keluarkan kata2 yg mungkin menyakitkan ati..cam aku..ye,aku mengaku aku seorang pendiam.. *b'gantung la dgn siapa aku b'sikap cmtu* tapi bak kata paie,qila kalo ckp mmg pedas..so baek diam,hehe..

aku cuba gak kdg2 utk bercakap banyak,tp cam yg aku tulis dlm en3 b4 nie,kebenaran tue kdg2 memang pahit..so,pk2 jgk la bile patot bercakap n bila patot diam..n wat mse ni aku plih utk lbih byk diam, bercakap bila perlu..kalo tak banyak ckp pn,aku byk menulis,hehe..so ambil la teguran aku dari penulisn2 d'blog nie,nak tegur direct mungkin tak ckup brani lg :p

antara hikmah diam ialah sbg ibadah tanpa bersusah payah, perhiasan tanpa berhias, kehebatan tanpa kerajaan, benteng tanpa pagar, kekayaan tanpa meminta maaf kpd org, istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal dan menutupi segala aib..

kesimpulannya tentukan la bila masa kita patot bercakap,bila masa pula kita patot diam..moga yg sedikit ni memberi byk manfaat,insyaAllah~

p/s : sdikit sbyk sumber d'ambil dari pembacaan akhbar iluvislam yg d'pnjam dari kak ain..mekaseh kak ain comeyy :)))

No comments: