pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, March 26, 2010

pesananku untukmu~

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah sangat2 bersyukur kepada Allah kerana sekali lagi saya diberi peluang untuk berkongsi dengan anda semua sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi dari aktiviti usrah minggu ini.. kali nie,ia adalah usrah yang sangat2 bermakna bagi saya ♥♥ ada sapa2 tunggu ke cerita tentang usrah nie..? hehe..harapnya ada la ye :))

usrah minggu ni dikendalikan oleh kak ana dan kak yuni..tidak bergantung kepada 1 tajuk yang spesifik,sebaliknya mereka membaca 2 buah cerita yang sarat dengan pengajaran..cerita pertama bertajuk si jutawan dan penulis..yang mana mereka hidup berjiran,tapi pada suatu hari mereka dirompak..jutawan kehilangan titlenye sebagai seorang jutawan,sebaliknya si penulis kekal dengan titlenye sebagai seorang penulis walaupun dia telah jatuh miskin..pengajaran yang boleh diambil ialah nama,pangkat,gelaran,harta tue semua tidak kekal..bila2 masa Allah boleh tarik,oleh itu jangan dikejarkan sangat harta..yang penting,bersyukurlah sentiasa..

cerita kedua berkaitan seorang kanak2 yang menjual kuih tanpa kenal erti putus asa..agak sebak mendengar cerita itu..kalau lah kita berada di tempat kanak2 itu,mampukah kita jadi sepertinya..?? untuk membaca kisah itu,klik sini..

aktiviti selanjutya,mereka menyelitkan satu lagu nasyid bertajuk sahabat sejati nyanyian unic..sangat2 kebetulan kerana lagunya adalah sama dengan lagu di dalam blog saya ini..anda selamilah lirik lagu itu dan sebab apa saya memilih lagu itu sebagai halwa telinga kepada para pembaca blog saya,kerana ia berkisar tentang sahabat :))))

apa yang anda semua tahu tentang perbezaan diantara sahabat,teman dan rakan..?? dari apa yang kami bincangkan semasa usrah,sahabat itu adalah mereka yang mendekatkan kita dengan Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t..rakan2 itu pula yang mengajak kita untuk selalu lalai dan leka dengan dunia..teman pula adalah mereka yang ditengah2..setuju kah anda dengan kesimpulan yang kami buat ini..? apa pandangan anda..?

saya sangat2 bersetuju dengan kenyataan itu..perasan kah anda tajuk blog saya nie..? pesanan seorang sahabat.. dan saya sentiasa memanggil anda semua dengan panggilan sahabatku..kerana apa saya berbuat demikian,kerana anda,saya banyak mendekatkan diri dengan Allah..bila saya berkongsi pengalaman dan memberi nasihat sekadar termampu,kepada siapa..? kepada kita..ya,kita..saya dan anda semua..sekaligus dengan cara itu ia mengingatkan saya pada Allah kan :)))

jadi,terima kasih banyak2 buat sahabat2ku tersayang,kerana anda semualah saya jadi begini..saya cuba memperbaiki diri saya kepada yang lebih baik kerana saya banyak belajar dari pengalaman2 anda yang saya kutip sedikit demi sedikit..sahabat itu adalah harta..mungkin Allah nak sampaikan sesuatu kepada kita melalui sahabat..jadi,andai ada teguran,terimalah teguran sahabat seikhlas hati,untuk kebaikan sendiri..

mencari seorang sahabat sejati,tidaklah mudah..bagi saya,sahabat sejati tue selalu ada disaat kita susah dan senang,selalu menegur bila kita buat silap,selalu menyokong bila kita buat baek..maaf saya cakap,sehingga hari ini,saya belum jumpa sahabat sejati saya..sahabat tue dah ada..teman2 pun ramai..rakan2 lagi la,huhu..berpeluangkah saya untuk bertemu dengan sahabat sejati..? wallahualam..

****

Ku biar kalam berbicara.. Menghurai maksudnya di jiwa… Agar mudah ku mengerti.. Segala yang terjadi.. Sudah suratan Ilahi..

Ku biarkan pena menulis..Meluahkan hasrat di hati.. Moga terubat segala.. Keresahan di jiwa.. Tak pernah ku ingini…

Aku telahpun sedaya.. Tak melukai hatimu.. Mungkin sudah suratan hidupku.. Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca.. Oh teman, maafkanlah diriku..

Oh Tuhan.. Tunjukkan ku jalan.. Untuk menempuhi dugaan ini.. Teman, maafkan jika ku melukaimu.. Moga ikatan ukhuwah yang dibina.. Ke akhirnya…

Aku telahpun sedaya.. Tak melukai hatimu.. Mungkin sudah suratan hidupku.. Redhalah apa terjadi.. Usahlah dikau kesali.. Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

***

disebut juga tentang bf semasa usrah..saya tidak menolak kebenaran yang dikatakan oleh kak nana,yang mana bf boleh jatuh pada mana2 kategori sekalipun..mungkin dalam kategori sahabat,kategori teman,mahupun kategori rakan..bergantung kepada bagaimana mereka menjalani hubungan mereka..bagi saya,tidaklah perlu berlebih2an dalam semua perkara sehingga hal dalaman pun berkongsi dengan bf..maaf kalau ada yang terasa..ini terjadi pada masa sekarang..tak boleh disangkal lagi..saya tegur sebab saya sayang anda semua dan kalau anda sayangkan saya juga,jangan segan2 tegurlah andai saya tersilap di mana2 :)

yang paling saya setuju sekali,bila kak nana cakap bf nie lebih banyak dalam kategori rakan2..melalaikan..andai dia mendorong kita untuk berubah menjadi lebih baik,alhamdulillah..tapi andai kita berubah menjadi yang tak baik kerananya,itu sudah laen cerita..mendorong kita menjadi baik,bukan sekadar perkara2 tertentu,contohnya mengingatkan kita untuk solat,tetapi bila berjalan berdua,masih berpimpin tangan..ade bezakah..? konon untuk menutup keburukan yang itu,ditimbus dengan kebaikan yang ini..apekah...??

saya nak komen banyak2 bab nie pun tak boleh kerana saya bukanlah yang selayaknya..sekadar ingin menegur,jagalah maruah kita sebagai seorang wanita..andai baik diri kita,baiklah pasangan kita,insyaAllah..begitu juga sebaliknya..percayalah,jodoh itu bila sampai masanya,sampailah.. segalanya kan telah ditentukan Allah :))

teringat kata2 seorang guru di sekolah menengah suatu ketika dulu..jangan letakkan sepenuh kepercayaan pada si dia kerana yang kita patut percaya sepenuhnya hanyalah Allah s.w.t..selagi tiada ikatan yang sah antara kamu,janganlah kamu memberi dan berkongsi segalanya kerana matlamat itu tak menghalalkan cara..sayangilah dia andai dia menyayangi Allah lebih dari menyayangi kamu dan cintailah dia andai dia mencintai Allah lebih dari mencintai kamu..renung2 kan..

 " saat Allah menyintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cintaNya adalah dihati mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang lebih bersih. Hati kita seelok2nya selalulah berbisik, aku tahu bila Allah menyintaiku iaitu saatku membenci segala kejahatanku "

No comments: