kali nie aku nak sentuh bab teguran..hidup ni x pernah lari dari kena tegur,betul x..? sampaikan ada seorang sahabat bertanya kan pada umum di fb,salah kah kalau terasa bila orang tegur kita..? byk gak respon yg dia terima..dan aku stuju dgn smua komen2 tue..kalo kita tak terasa or kecil hati bila org tegur kita,tue tndanya kita takde perasaan..sbg manusia biasa,pasti kita ada perasaan kan,itu normal :)Rasulullah s.a.w bersabda :
" sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit " ~ Muttafakun alaih
tapi lebih bertuah lagi,bila ditegur tue,membuatkan kita sedar apa yg kita buat slama ni,salah rupenye..antara adab2 memulakan teguran,ialah dengan memanggil dengan panggilan yg baik2,bukan dgn niat nk mrendahkn s'sorg tue..jgn sesekali menegur dgn niat memikirkan yg diri itu lebih mulia dari org laen,sbb kita tak tau amalan siapa lebih tinggi darjatnya..yg pnting kita perlu tulus dan ikhlas ketika menegur..hendaklah sentiasa bersangka baik dgn org yg d'tegur..
dalam hidup ni kita kena sentiasa bersedia menghadapi teguran dan kritikan org lain..bg aku sendiri,aku slalu kena tegur,da biasa..kdg2 kecil hati dibuatnya,tapi teringat kata2 seorang sahabat,jadikanlah sesuatu yg -ve itu kepada +ve..ye,aku cuba wat camtu,kalo tak,boleh gado di watnya coz aku mmg seorang yg sensitif,hehe..oleh tue,aku pk cmni..dia tegur aku sbb dia syg aku..dia tegur aku,mknanya dia ambik berat pasal aku..kalo dia tak tegur, tue tandanya dia tak pedulikan aku..dia x pernah nak amek tau psal aku, dia tak syg aku.. simple kan :p
tapi bak kata org,cakap mmg sng..cuba kena tegur smpai berasap telinga,pstu memalukan plak tue..maka disinilah silapnya..cara menegur itu salah..tegur biarlah dengan berhikmah..kalo korg tak suka dgn cara org tue tegur,korg tegur dia semula..masa tegur tue,pastikan korg berdua je supaya tak memalukan sesiapa..kdg2 org tegur,kita salah faham..igt org tue marah,btol x..? so guna kn intonasi yg lembut bila mnegur..insyaAllah apa yang ditegur tue masuk telinga kanan,tak keluar2 lalu telinga kiri..lg satu jangan pulak kita gunakan teguran itu sebagai jalan untuk membalas dendam..niat da salah tue,hehe..
pastikan apa yg ditegur itu adalah utk kebaikan,bukanlah kepada keburukan..kalo da org tegur utk kebaikan,tapi kita x bleh terima,marah2,merungut2..salah siapa lagi..? fkir2kan lah :))
Dari Ja’far bin Muhammad kepada anaknya :
" Wahai anakku, siapa di antara teman-temanmu yang marah kepadamu sebanyak tiga kali, dan yang dikatakannya adalah kebenaran, maka jadikanlah ia teman "
.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 159 :
" Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya "
No comments:
Post a Comment