pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, March 28, 2010

aku nak jadi~

agak lama tidak mendengar khabar seorang sahabat baik aku sejak sekolah menengah hingga lah ke matrik nie..rindu sangat kat dia,tapi aku faham dengan kesibukannya..apatah lagi bila menjadi orang kuat kolej di universitinya membuatkan masanya begitu terhad..

semalam on ym,aku lihat dia online..ape lagi,aku tegur dia..bertanya sedikit tentang itu dan ini membuatkan aku sangat2 bersyukur kerana aku tak sesibuk dia,hehe..memang agak stress katanya menguruskan aktiviti kolej..yep,aku sangat setuju..apa yang aku mampu tolong sekadar memberi nasihat agar dia sentiasa bersabar dan aku cuba untuk menceriakan dia :))

kalau dah dua orang sahabat berborak,tak boleh lari dari tempias soalan tentang teman lelaki,haha..sahabat ku ni kalau nak cerita pasal orang yang admire dia,agak ramai juga..tinggal pilih aje..tapi apa dia jawab,ramai memang ramai tapi yang berguna tue takde,nak wat camne..aku pun bergurau lah mengatakan yang dia jual mahal sebenarnya..jawapan dia yang buat aku betul2 kagum ialah aku nak jadi epal yang dipuncak tue..

owh,aku ingat kisah epal itu..aku lah orang yang memberinya mesej berkaitan kisah epal itu.. alhamdulillah,sungguh terharu aku mendengar jawapan dia..rasa kagum jangan cakaplah..memang aku respect dengan dia..aku bangga miliki sahabat seperti dia aku sentiasa doakan semoga dia berjaya menemui pemetik epal yang terbaek yang dapat menjaga dan membimbingnya hingga ke akhir hayat suatu hari nanti,amin~

korang semua tahu tak kisah mengenai epal tue..? mari kita sama-sama ambil pengajaran dari kisah ini :))

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi, epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya "

No comments: