sebelum ape-apehal saya nak buat pengakuan. saya bukan peminat bola. bukan! tapi setiap kali final piala dunia, saya mesti tengok. dari zaman Brazil menang, Italy menang, hinggalah perlawanan pagi ni kot, tapi tak tau lagi siapa menang kan. tengok lah nanti.
akhirnya, pagi ni piala dunia bakal berakhir! saat yang saya nanti-nantikan. bukan apa, bukan saya ada masalah dengan mereka mereka si peminat bola sepak, atau terasa diabaikan saat perlawanan sedang berlangsung. lagi la bukan.
tapi entahlah. bagi saya cukuplah kita terlalu sibuk memperkatakan tentang bola, sehingga tertutup sudah kisah Gaza. ditambah pula banyak lagi hal yang lebih penting perlu kita bincangkan. contohnya cam kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia ni. takde pulak ramai-ramai duduk kat kedai mamak sampai pagi tu nak pi bincangkan camne nak atasi masalah ni kan. eh okeh ape. *opss,bukan takde tapi jarang. marah pulak orang kat saya coz pandai pandai ja buat tuduhan palsu kan,huhu.*
tapi yang menarik perhatian saya pada piala dunia kali ni apabila paul si sotong tiba-tiba jadi glamour mengalahkan messi kerana berjaya membuat ramalan keputusan perlawanan dengan tepat sebanyak 7 kali. eh sekejap, siapa messi? owh messi tak kenal takpe. kaka kenal? tak kenal jugak. okeh jangan kejam sangat, torres mesti kenal kan,hehe.
okeh okeh berbalik semula dengan cerita incik sotong ni, disebabkan ramalan dia ni boleh dikatakan macam tepat ye, diulang sekali lagi, macam. ini membuatkan ramai la yang makin percaya dengan semua ramalan si paul ni. ape kesannya?
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Sesiapa yang datang kepada peramal kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari "
kan kita sendiri dah tahu, dalam Islam, kalau kita percaya dengan selain dari Allah s.w.t itu dah boleh dikira syirik. so pandai-pandai la kita yang dah besar panjang ni fikir baik buruknya ya. dalam kes percayakan paul ni takde baiknya, yang pasti segalanya buruk. kan kan. sekadar nak mengingatkan ja coz kita ni manusia biasa. kadang-kadang kita terlupa :)
pengakhiran hidup paul andai spain menang pagi ni,hoho.
p/s : tengok bola memang best, tapi lagi best bila tengok badminton. tadi dato' lee chong wei baru menang terbuka Malaysia,tau??
p/s : camne saya tau nama pemain bola kalau saya tak minat bola? eh eh,saya pon baca suratkhabar, saya pon tengok berita ok :)
4 comments:
betul la tu qila..sy setuju..kita nak dgr kata si paul boleh..tp JGN SEKALI2 PERCAYA kan??(~_~)
btol! stakat suka2 bleh la,tp skali pcye tros,jd syirik..nauzubillah~
subhanallah, kadang kadang kita pn tidak sedar yang kita sendiri lupa dan lalai isu Gaza dan buang bayi kn. semoga adik tak terus menerus menyalahkan orang lain, insyaallah.
insyaAllah tp sy x trus mnrus slhkn org pn kot,huhu..maaf ye :)
Post a Comment