Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Rasulullah s.a.w yang berbunyi : "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu" (Riwayat al Bukhari)
Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya : "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang malaikat. malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa : 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci' (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik)
Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Rasulullah s.a.w telah bersabda : Ertinya : ''Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya'' (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik)
Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Ibnu Mas'ud lah.a. telah berkata : Rasulullah s.a.w pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda : Ertinya : "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" ( Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Apabila Rasulullah s.a.w mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya : "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan" (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah. saya memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik)
Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah : "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''
Rasulullah s.a.w telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata : "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu" (Riwayat al Bukhari)
Rasulullah s.a.w telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata : "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu" (Riwayat al Bukhari)
thanks buat dia tadi yang share kan perkara ni kat saya. saya tak tahu dia dapat dari sumber mana,huhu. kepada penulis asal,izinkan saya sebarkan perkara ini :)
terima kasih banyak-banyak. semoga dia,saya dan kamu semua dilindungi Allah sentiasa. amin~
2 comments:
thanks jg kat awk ye coz sudi bnda ni..sy pun xde dgr ni lg b4 ni..
hope kita dpt la same2 amalkannya..utk kebaikan & perlindungan diri kita jg..amin..(",)v
welcome :) org bagi,juz share ja..
amin~~ sme2 la kita,insyaAllah..
Post a Comment