pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, February 22, 2011

melepaskan untuk yang lebih baik.

Bismillahirrahmanirrahim.


semalam perlu membuat keputusan (bijak) yang agak besar dalam hidup kerana ia mungkin merubah segala apa yang telah di rancang dengan baik sebelum ini. sama seperti kos lepas, jika inginkan sesuatu yang lebih baik maka saya perlu melepaskan sesuatu yang saya miliki. dan sekarang itu yang perlu di lakukan. bukan mudah memilih di antara dua jalan yang masing-masing masih tidak di ketahui yang mana akan lebih membawa kepada keuntungan.


hati sangat berat untuk melepaskan bilamana diri ini telah diterima tapi bila berpegang dengan janji-janji Allah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, saya melepaskannya juga. tanpa disangka-sangka janji Dia tiba cepat pula. apabila keputusan sudah diambil, ibunda tersayang telefon membawa perkhabaran gembira. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


semoga Allah permudahkan jalan kedua yang saya pilih ini. buat sahabat yang 'terpaksa' saya mungkiri janji untuk melalui jalan yang pertama bersamanya, maafkan saya. tahu mungkin kamu sedikit kecewa tapi percayalah dengan perginya saya mungkin akan datang yang lebih baik sebagai penggantiku  :')


sejauh mana saya merancang untuk pergi, setinggi mana saya merancang untuk terbang akhirnya pulang dan jatuh ke tanah asal juga. sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segala perancangan manusia kerana sifatnya yang Maha Berkuasa. ingatlah, mungkin kamu membenci sesuatu sedangkan itu elok bagimu dan mungkin kamu menyukai sesuatu sedangkan itu tidak elok bagimu. moga setiap apa yang terjadi memberi sejuta rahmat buat kita semua. InsyaAllah...


dan begitu juga matahari Allah perlu melepaskannya pergi 
untuk memberi kita peluang melihat sang rembulan 

2 comments:

Anonymous said...

Smoga Allah s.w.t permudahkan sgla urusan qila..InsyaAllah, itulah jln terbaik yang Allah telah aturkan untuk kite.

qila~ said...

amin ya rabbala'lamin~ perancanganNya lebih cantik mungkin..